Murtabak atau juga dikenali sebagai martabak merupakan sejenis makanan yang boleh didapati terutamanya di Johor. Terdapat dua jenis murtabak iaitu murtabak ayam dan daging.
Di Kelantan, terdapat hidangan murtabak istimewa yang tebal dan mempunyai banyak inti yang dikenali sebagai murtabak raja. Hidangan ini bukan sahaja popular di negeri itu, malah di seluruh Malaysia.
Murtabak raja adalah murtabak yang disajikan kepada keluarga di-Raja Kelantan semasa 1950-an. Namun, murtabak sekarang dijual kepada semua lapisan masyarakat. Murtabak ini terdiri daripada tiga lapisan segi empat sama berserta inti daging atau ayam.
Namun, kali ini kami akan berkongsikan resepi murtabak cheese yang menjadi kegemaran ramai.
Resepi Murtabak Cheese
Bahan-bahan:
- 2 gelas tepung gandum (350 gm)
- 1 biji telur saiz C (paling kecil)
- Sedikit garam
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu besar susu pekat manis
- 1 sudu besar shortening / mentega
- ½ gelas air atau jika keras tambah sedikit air (200ml)
- Untuk salut doh roti canai nanti
- Mentega / marjerin / minyak
Caranya:
Menggunakan bread maker:
1. Masukkan semua bahan kecuali air.
2. Tambah air sedikit demi sedikit sehingga mendapat hasil seperti buat donat.
3. Doh tidak terlalu lembik sangat. Tidak lekat di tangan, doh dikira menjadi.
4. Uli menggunakan bread maker selama kira-kira 20 minit. Selepas itu, Insya Allah doh akan menjadi lembut dan elastik.
5. Mula bulatkan doh dalam 90 gm dan salut dengan mentega, marjerin atau minyak.
6. Simpan semalaman .
Menggunakan tangan:
1. Masukkan tepung gandum, garam, gula, susu pekat dan shortening dalam satu bekas. Kemudian, masukkan telur. Uli kering.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh tidak lekat di tangan.
Tips: Sukatan air tersebut tidak semestinya habis. Jika doh sudah tidak lekat di tangan, dikira menjadi seperti membuat donat.
Uli doh selama 20 minit sehingga doh lembut dan elastik.
Nota: Bahagian ini uli 7 minit berehat sebentar. Uli lagi, rehat sebentar dan uli lagi.
3. Bulatkan doh seberat 90 gm sehingga habis. Pemilik resepi dapat anggaran 7 biji. Kemudian, salut doh dengan sedikit minyak, mentega ata marjerin. Letak dalam bekas tertutup dan biarkan semalaman atau sekitar 5 jam.
Inti murtabak daging (boleh dapat 3 atau 4 biji murtabak)
Bahan A:
- 500gm daging kisar / hancur
- 2 biji bawang besar - sederhana besar, jika tidak suka bawang banyak isi 1 biji pun memadai (dipotong dadu kecil)
- Sedikit halia tumbuk
- 1 sudu besar rempah beriyani
- 1 sudu besar rempah kari daging
- 1 sudu besar minyak masak
- Garam dan gula secukup rasa
Caranya:
1. Tumis bawang besar dan halia dengan sedikit minyak.
2. Masukkan rempah. Kacau sehingga naik bau. Biar lama sedikit masak supaya rempah masak sempurna.
3. Masukkan daging kisar.
4. Perisakan dengan garam dan gula.
5. Kacau adunan sehingga masak dan agak kering.
Bahan B:
- 6 biji telur (dicuci bersih)
Bahan C:
- 2 biji bawang merah (dipotong dadu)
Bahan D:
- ½ -1 mangkuk mozarella cheese yang diparut dan 1 tiub cheese berwarna oren yang biasa diletak dalam burger kira-kira 6 keping – Cairkan dan tambah dalam 1 cawan susu segar. Jika pekat, tambah sedikit lagi. Cairnya seperti sos cili.
Selepas semua bahan tersedia, mula menebar.
Caranya:
1. Ambil sebiji doh roti canai. Jika tidak pandai tebar menggunakan dulang, penyek-penyekkan doh di atas dulang. Letak sedikit minyak. Canai sehingga leper. Tarik doh tadi sehingga nipis. Insya-Allah jika kita uli doh sehingga lembut dan elastik, doh jika ditarik, ia tidak carik atau koyak.
2. Pecahkan telur atas doh. Masukkan inti murtabak, bawang dan cheese.
3. Tutup doh.
4. Panaskan pan dan letak sedikit minyak. Ambil roti perlahan-lahan dan letak di atas pan panas tadi. Balik-balikkan roti.
5. Agak-agak sudah masak, pecahkan sebiji telur di atas roti. Ratakan dan letak inti murtabak. Terbalik biar doh yang ada daging tersebut di bawah. Biar masak.
6. Bahagian akhir ini, jika mahu letak cheese atas permukaan yang ada daging pun boleh atau letak permukaan satu lagi pun boleh. Hanya letak separuh roti sahaja cheesenya. Letak 2 jenis cheese. Mahu letak banyak pun sedap. Biar seketika dan terus lipat dua. Potong kecil dan sedia dihidang panas dan dimakan dengan bawang cuka.
Bahan-bahan acar bawang:
- 2 biji bawang besar - saiz sederhana (dihiris nipis)
- 3 sudu besar cuka
- Sedikit garam
- Gula
- Pewarna merah (ros)
Cara membuat:
Satukan kesemuanya dan letak dalam peti sejuk.
Untuk melihat langkah bergambar resepi ini, boleh pergi ke Facebook Tahrunnisah Jali.
Sumber: