Oleh pada 27 Dec 2019 kategori

Mee champa merupakan sejenis mee yang sangat pedas. Merebus tulang dan daging lembu memakan masa agak lama untuk mendapatkan bone broth yang baik untuk kesihatan.

Ketika menceduk kuah untuk dituang dalam mangkuk mee, anda perlu tapis menggunakan penapis. Ia supaya bawang-bawang dan segala rempah tidak masuk dalam mangkuk mee tersebut.

Dengan menggunakan cara di atas, anda akan mendapat kuah yang 'bersih' sahaja. Sup ini sangat sedap jika dimakan ketika masih panas.

Mee Champa

Bahan kuah:

  • Daging lembu (1 1/2-2kg) - berserta tulang untuk dbuat bone broth
  • Air (3 liter)
  • Bawang holand (4 biji) - dipotong 4 *
  • Bawang besar (3 biji) - dipotong 4*
  • Lengkuas (2 inci) - dipotong nipis dan dihiris nipis *
  • Sotong kering (seekor) - sebesar tapak tangan* (jika tiada, kuah sup tidak kick)
  • Daun ketumbar (seikat)
  • Daun bawang
  • Kulit kayu manis (2 batang)*
  • Bunga lawang (4 biji)*
  • Sos ikan (1/2 cawan)
  • Gula
  • Garam
  • Perasa - jika suka
  • Serbuk lada sulah/serbuk lada hitam
  • Stok perisa daging (3 kiub)

Cara penyediaan: 

  1. Didihkan air rebusan dahulu. Masukkan daging dan tulang dalam 30 minit sehingga sejam.
  2. Kemudian, buang air rebusan daging tadi berserta kotoran.
  3. Masukkan air dan tulang serta daging rebus kembali dalam selepas 30 minit mendidih lihat jika air rebusan ada buih-buih atau keruh buang lagi airnya.
  4. Masukkan air yang baru (3 liter) dan masukkan tulang serta daging dan rebus lagi. Kali ini, rebus sehingga daging empuk. Keluarkan daging dan rebus tulang sehingga 5 atau 6 jam.
  5. Sementara daging empuk, anda boleh bakar dahulu bawang holand, bawang merah besar, lengkuas, dan sotong kering, kayu manis dan cengkih (rujuk gambar).
  6. Dalam rebusan tulang tersebut, masukkan bahan-bahan yang dibakar tadi. Masukkan sos ikan, daun ketumbar, serbuk lada hitam atau lada sulah, dan kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang. Rebuslah dengan api perlahan.

Sambal lada

Bahan-bahan:

  • Lada merah (4 biji) - besar*
  • Cili api (20-30 biji)*
  • Bawang putih (2 ulas)*
  • Cuka (2 sudu besar)
  • Garam (sedikit)

Cara penyediaan:

  1. Rebus sehingga layu bahan-bahan berhuruf condong* di atas.
  2. Kemudian, toskan dan kisar sehingga hancur berserta dengan cuka dan garam.

Minyak bawang putih

Bahan-bahan:

  • Bawang putih (3 labu) - dibersihkan dan dipotong halus
  • Minyak jagung (1 cawan)

Cara penyediaan:

Panaskan minyak dan masukkan bawang putih. Goreng sehingga kekuningan dan tutup api.

Aksesori lain

  • Kuey teow, mihun, mee champa
  • Daun ketumbar, daun sup, daun bawang
  • Limau nipis - diperah
  • Hirisan daging
  • Minyak bawang putih
  • Lobak asin - dipotong halus
  • Sambal lada
  • Tauge
  • Kicap
  • Serbuk lada sulah/lada hitam
  • Gula - tambahan jika suka manis
  • Sos ikan - jika perlu

Bahan tambahan ini diletakkan ketika hendak makan dan menjadi penyedap mee sup. 

mee champa 1

mee champa 2

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Tahrunnisah Jali [1, 2, 3]




Hakcipta iluminasi.com (2017)