Bahan-bahan A
- 1 biji telur ayam (tak kisah saiz apa pun janji sebiji)
- 1 cawan gula perang
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan mentega / marjerin / planta
- 1 sudu kecil essen vanilla
- 1 sudu besar susu pekat
- 1 cubit garam
Cara penyediaan:
Masukkan semua bahan di atas dan gaul sebati. Tips: Jangan lama-lama, ini biskut, bukan kek.
Bahan-bahan B
- 4 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 1 sudu kecil cream of tar tar
Cara penyediaan:
Ayakkan semua dan masukkan dalam adunan bahan A. Gaul sebati.
Bahan-bahan C
- 1 cawan coklat chip
- 1 cawan coklat rice
- 1 cawan almond
Cara penyediaan:
- Selepas bahan B sudah digaul sebati dengan bahan A, masukkan bahan C. Kacau sebati. Setelah siap, boleh sudukan ke atas loyang. Tips: Loyang tak perlu sapu planta, memang tidak lekat.
- Sudukan 1 sudu kecil dan letak di atas sudu besar. Tekapkan sudu kecil tadi dan jatuhkan ke loyang. Setelah masak jadi bentuk bulat-bulat.
- Panaskan dahulu ketuhar api atas bwh 170°c 10 minit dan bakar dalam 25 minit. Tips: Kadang-kadang lain oven lain kepanasannya. Apabila warna bertukar menjadi perang bermaksud biskut telah masak.
Sumber: Atie Watie