Kredit foto: Myartis
Umum sedia maklum, vokalis kumpulan Kristal, Lan sebelum ini begitu sinonim dengan imej berambut panjang. Imej tersebut telahpun dikekalkan sejak tahun 2001.
Bagaimanapun pada Jumaat lalu, Lan mengejutkan ramai pihak apabila mengambil keputusan drastik untuk tampil dengan imej rambut pendek.
Lan dalam kenyataannya mengakui anak-anak beliau berasa janggal melihat penampilan tersebut.
Saya ambil masa sebulan sebelum membuat keputusan. Ini adalah gaya potong paling pendek yang saya lakukan sejak tahun 2001 dan dilakukan atas kehendak saya sendiri. Apa yang menarik bila saya berambut pendek ialah anak-anak yang mula rasa janggal kerana sebelum ini sudah terbiasa melihat ayahnya berambut panjang.
Sumber: Utusan Online
Menurut Lan, beliau sedar akan penampilan 'rock' yang sebenarnya tidak hanya terikat kepada imej berambut panjang. Malah tegasnya, semakin ramai penyanyi rock era kini yang berani tampil dengan imej berambut kemas.
Malah, Lan mengakui imej terkini ini adalah sebagai permulaan yang baharu kepadanya kerana di awal pembabitannya dulu, dia juga pernah tampil dengan imej tersebut.
Saya potong rambut bukan kerana ada niat tertentu dan sebagainya. Saya cuma ubah angin sedikit seperti waktu kemunculan awal Kristal. Waktu itu, kami semua berambut pendek. Jadi, rambut pendek ini ibarat permulaan diri saya seperti mana Kristal memasuki industri seni.
Sumber: Utusan Online
Dalam perkembangan lain, Lan mendedahkan bakal muncul dengan sebuah lagu solo terbaru dan album kompilasi bersama kumpulan Kristal.
Kredit foto: Myartis