Oleh pada 14 May 2017 kategori

Kucing merupakan seekor haiwan peliharaan yang comel dan dapat membuatkan hari anda menjadi ceria dengan melihat telatah dan sifat yang dimiliki oleh mereka. Namun, anda pastinya rimas sekiranya haiwan peliharaan anda tersebut menggugurkan bulu dengan banyak dan menyebabkan ketidakselesaan untuk bernafas. Ia tentunya satu mimpi ngeri terutama bagi mereka yang menghidap penyakit asma.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Oleh yang demikian, teruskan membaca untuk mengetahui punca-punca keguguran bulu kucing.

Alahan

kucing yang mengalami alahan menggaru dengan kuat

Ini merupakan punca utama kebanyakan kucing mengalami keguguran bulu. Seperti manusia, si comel anda juga mempunyai alahan kepada perkara-perkara seperti ubat, makanan, gigitan serangga dan juga habuk. Si comel akan menggaru dengan kuat sekiranya ada kegatalan dan menyebabkan bulunya gugur. Anda boleh mendapatkan rawatan alergi daripada klinik haiwan berhampiran. Rawatannya agak mudah tetapi memerlukan jangka masa yang lama.

Parasit

kutu hama

Parasit seperti kutu dan hama akan menyebabkan kegatalan yang melampau, luka dan kesan botak pada kulit si comel. Pada tahap yang serius, ia akan menyebabkan luka yang sukar untuk sembuh dan juga kudis. Oleh itu, sekiranya terdapat sebarang luka pada badan kucing anda, anda perlulah mendapatkan rawatan untuk menyembuhkan luka tersebut.

Jangkitan ringworm

ringworm di atas badan kucing

Ini bukanlah jangkitan daripada ulat tetapi ia merupakan sejenis jangkitan daripada kulat. Tanda yang sangat jelas bagi penyakit ini adalah bulu kucing anda akan gugur dan akan membentuk seolah-olah satu cincin ataupun bulatan pada badannya. Rujuk pakar haiwan berhampiran dan dapatkan krim anti kulat dan salap.

Tertekan dan emosi

kucing juga mempunyai rasa stres

Haiwan juga memiliki perasaan sama seperti manusia. Mereka juga ada sifat marah, sedih, dan gembira. Kucing yang berada dalam keadaan tertekan akan lebih cenderung untuk menjilat badannya dengan lebih kuat dan kasar dan akan menyebabkan bulunya mengalami keguguran. Tanda-tanda kucing anda mengalami masalah ini ialah bulunya akan gugur di sekitar kawasan perut, belakang dan kaki. Pakar haiwan menamakan penyakit ini sebagai “psychogenic alopecia.” Minta nasihat doktor bagi mendapatkan ubat dan jauhkan kucing anda daripada anjing yang berdekatan.

Punca-punca yang jarang terjadi :

sesetengah kucing memiliki genetik yang cenderung untuk mengalami keguguran bulu

Baka tulen seperti kucing Himalaya dan Bengal lebih cenderung untuk memiliki genetik yang menyebabkan keguguran rambut. Kucing lain seperti kucing jenis Sphynx adalah sepsis yang diternak dan hanya memiliki bulu yang halus.

Perkara ini jarang berlaku, namun diabetes, kanser dan masalah sistem imun badan juga boleh menjadi factor keguguran bulu si comel. Beritahu doctor segalanya tentang diet dan aktiviti harian kucing anda bagi membantu untuk mendapatkan punca yang lebih tepat bagi masalah tersebut.

Sumber rujukan :

webMD




Hakcipta iluminasi.com (2017)