Salah satu benda paling spoil sekali yang boleh terjadi kepada kita adalah selipar atau kasut hilang selepas solat Jumaat atau solat Hari Raya di masjid. Masa kita tengah solat, senang hati saja geng pencuri ni buat kerja. Memang tak takut azab.
Kita datang dengan selipar atau kasut yang hensem, tapi bila balik, terpaksa pula menapak di atas jalan tar yang panas. Takkanlah nak curi selipar orang lain pula sebagai pengganti, kan?
BESARKAN TEKS A- A+
Kadang-kadang, selipar yang kita pakai disalahsangka sebagai selipar tandas, lalu 'dipinjam' oleh hamba Allah yang nak ambil wuduk. Malangnya, hamba Allah tadi tak pandai pula nak letak balik selipar tadi di tempat asalnya semula.
Jangan ingat selipar yang tak seberapa itu boleh selamat. Yang smart kena curi, yang buruk kena pinjam tanpa kebenaran pula.
Jadi, untuk mengelakkan selipar 'disebat', berbagai cara dipraktikkan. Ada yang sanggup memasukkan selipar ke dalam beg plastik dan membawanya ke tempat solat. Ada pula yang terpaksa sembunyikan selipar di dalam loker, di dalam pasu atau di celah rimbunan pokok.
Tips Mengelakkan Selipar atau Kasut Dicuri di Masjid
Cara yang paling mudah untuk mengelakkan selipar atau kasut anda dicuri atau dipinjam tanpa kebenaran adalah dengan meletakkan sebelah kiri dan sebelah kanan hakmilik anda tadi secara berasingan.
Satu belah diletakkan di tempat biasa, satu belah lagi diletakkan jauh sedikit. Jangan diletakkan di bersama-sama. Mungkin sebelah selipar anda boleh diletakkan bersama-sama selipar hadirin yang lain manakala sebelah lagi diletakkan di atas rak.
Cara ini membuatkan 'peminjam' selipar anda yang perlu bertindak pantas 'meminjam' selipar anda kehilangan masa yang berharga kerana terpaksa mencari sebelah lagi yang tidak kelihatan. Jadi, dia terpaksa mencari sasaran lain yang lebih mudah.
Untuk 'peminjam' yang ingin menggunakan selipar anda untuk mengambil wuduk, dia juga pasti berasa janggal untuk memakai sebelah sahaja selipar anda dan dipasangkan dengan sebelah lagi selipar 'mangsa' lain. Jadi, selipar anda pasti terselamat.
Untuk yang lebih advanced, sekiranya anda datang ke masjid bersama kawan anda, tukarlah sebelah selipar anda suka sama suka dan kemudiannya masuk ke masjid mengikut pintu yang berlainan. Selepas selesai solat, tukar semula.
Mudah, kan? Rasanya, selamat tak selipar anda kalau buat macam ni? Jangan lupa untuk SHARE tips yang awesome ini dengan kawan-kawan.