Oleh pada 29 Aug 2019 kategori

Kredit foto: Network World

    

Seorang penyanyi yang juga merupakan komposer ditahan polis kerana mencekik pekerja stesen minyak dalam kejadian di Ampang, Kuala Lumpur, sekitar jam 4 petang semalam.

Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku apabila artis berusia 21 tahun itu datang ke premis berkenaan untuk mengisi petrol.

"Berlaku salah faham ketika artis itu membuat bayaran terhadap minuman yang mahu dibeli.

"Difahamkan artis itu mahu membuat bayaran menggunakan kad kredit, namun kaedah pembayaran itu tidak diterima oleh kakitangan stesen minyak itu," katanya.

Angkara berang, penyanyi itu mula menyerang dan mencekik pekerja lelaki terbabit.

Pengurus stesen minyak kemudiannya menghubungi pihak polis apabila artis berkenaan enggan memberikan kerjasama.

Difahamkan, penyanyi 'BBNU' itu ditahan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang untuk siasatan lanjut kerana turut bertindak mencabar anggota polis yang cuba menenangkan keadaan.

"Anggota unit peronda polis (MPV) yang muncul di lokasi tidak lama kemudian cuba menenangkan keadaan.

"Namun artis itu mencabar anggota polis bertugas menyebabkan polis terpaksa menahan dan membawanya ke IPD untuk siasatan lanjut,” katanya.

Penyanyi muda itu dikatakan telah dibawa ke mahkamah untuk perintah tahanan reman bagi tujuan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (mendatangkan kecederaan) dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam melakukan tugas.

   

Sumber berita: Artis 'Baru Nak Up' Ditahan Polis

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)