Sumber foto: ayuerohayu.blogspot.com
Seorang pelatih ahli farmasi di Klinik Kesihatan Wakaf Bharu, Tumpat, ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terlentang, diyakini kerana lemas di Pantai Irama, Bachok semalam.
Mangsa, Nurul Afifah Mat Zin (24 tahun) ditemukan oleh abangnya sendiri sekitar jam 9 pagi, yang mengerah pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok untuk datang ke lokasi insiden.
Menurut Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Nik Aminuddin Raja Abdullah, mangsa yang tinggal di Kampung Belukar Panji, Kota Bharu difahamkan pergi bersendirian ke pantai itu setelah meninggalkan kediamannya sekitar jam 6.30 pagi.
Nik Aminuddin memberitahu, anggota keluarga pada mulanya menganggap mangsa pergi ke tempat kerjanya di Tumpat. Bagaimanapun, pada jam 7.30 pagi, abangnya menerima mesej menerusi WhatsApp mengarah agar dia mengambil kereta Produa Axia di Pantai Irama.
“Siasatan awal latar belakang mendapati mangsa pernah diserang penyakit kemurungan ketika berumur 19 tahun dan pernah mendapat rawatan di klinik semasa belajar di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang," ujarnya.
Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi proses bedah siasat. Namun, punca kematian masih tidak dapat diketahui.
Sumber berita: Utusan Online