Bali sememangnya terkenal sebagai sebuah tempat pelancongan di seluruh dunia. Selain kawasannya yang cantik, ianya menjadi destinasi percutian pilihan orang Eropah dan Amerika kerana nilai wangnya yang rendah.

Dengan nilai rupiah yang begitu rendah, seorang pelancong boleh membuat tukaran mawatang EURO dan USD untuk mendapat berjuta-juta rupiah. Akibat daripada jumlah rupiah yang terlalu banyak, kebanyakan pelancong seringkali ditipu apabila membuat pertukaran.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Seorang pelancong bernama Cees van der Spek telah mengesan teknik penipuan ini dan telah mengambil keputusan untuk membawa kamera tersorok untuk merakamkan aktiviti penipuan ini. Rakaman ini kemudiannya dipaparkan dalam program bertajuk Oplichters. Bagaimanakan penipu ini menipu pelancong?

1. Setelah pelancong memberikan wang untuk ditukar, si penipu akan mengira wang rupiah di hadapan pelancong.

2. Apabila mengangkat wang rupiah yang diletakkan di atas meja, si penipu ini kemudiaannya akan menjatuhkan sebahagian wang rupiah tersebut. Akibatnya, wang yang diberi akan berkurangan!

3. Si penipu juga kadang kala bijak mengalihkan perhatian pelancong dengan berpura-pura tanya sekiranya mereka mempunyai wang kecil.

Untuk dokumentasi rahsia ini, sila tonton video di bawah:

Menariknya, banyak tempat menukar wang yang membuat penipuan yang sama. Cees van der Spek telah pergi ke beberapa tempat tukaran wang untuk merakam aktiviti penipuan ini secara rahsia. Semuanya menggunakan teknik yang sama ia itu menjatuhkan sebahagian wang yang telah dikira.

Kami percaya teknik ini bukan sahaja popular di Bali, malah mungkin digunakan oleh penyedia servis tukaran wang di mana-mana negara selain Bali. Sekiranya anda ingin ke Bali atau di mana-mana sekalipun, pastikan anda mengira kembali wang yang diterima.

Paling bagus, kira di hadapan pihak yang memberi servis tukaran wang tersebut.




Hakcipta iluminasi.com (2017)