Kredit foto: Instagram Rosyam Nor

Aktor Datuk Rosyam Nor mampu berbangga dengan pencapaiannya dalam bidang perniagaan menerusi pembukaan pasaraya atas jenamanya sendiri.

Ia ternyata melakar sejarah tersendiri kerana beliau yang sudah mencecah usia 51 tahun itu merupakan artis tempatan pertama tampil dengan perniagaan pasaraya.

Mengimbas latar karier pelakon KL Special Force ini, beliau pernah berkecimpung dalam bidang pertanian menerusi projek tanaman nangka madu J33 dan durian belanda.

Namun, Rosyam yang juga dikenali menerusi produksi miliknya, Suhan Movies & Trading Sdn Bhd yang aktif menerbitkan drama-drama melayu bermutu tinggi, terpaksa akur dengan rezeki yang tidak menyebelahi dalam bidang pertanian ketika mula menceburinya pada penghujung tahun 2009.

pasaraya rosyam nor sudah dibuka ini butiran lanjut 2

Kredit foto: Instagram Rosyam Nor

Mengulas pasaraya terbaru ST Rosyam Mart yang beroperasi di Setiawangsa, Kuala Lumpur itu, kata beliau menerusi laman Instagramnya, perniagaan itu dibuka selama 24 jam.

Apa yang lebih istimewa, Rosyam dengan murah hatinya menawarkan harga borong kepada para pelanggan sejak 1 Jun lalu.

Selain itu, beliau memaklumkan pelancaran pasaraya itu akan dibuat selepas selesainya musim Aidilfitri nanti.




Hakcipta iluminasi.com (2017)