Salah satu masalah manusia di peringkat global adalah kebuluran. Namun, satu ketika dahulu seorang individu bernama Norman Borlaug melalui kajiannya dalam gandum telah mendapat pujian tinggi daripada para saintis kerana dapat meningkatkan bekalan makanan diperingkat global. 

Norman Borlaug adalah wira sejati kepada manusia. Atas sumbangannya kepada sains dan tujuan kemanusiaan, Norman Borlaug telah dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel pada tahun 1970.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Norman Borlaug dibesarkan dalam keluarga pendatang dari Norway ke Amerika Syarikat. Beliau dilahirkan pada Mac 1914 (hanya beberapa bulan sebelum bermulanya perang dunia pertama) di Saude, Iowa. Pada tahun 1942, Borlaug memperoleh Ph.D. dalam bidang patologi tumbuhan di Universiti Minnesota.

Nampaknya, beliau sememangnya memanfaatkan pengetahuannya dalam bidang ini untuk membantu manusia mengatasi masalah kebuluran di peringkat globa. Selepas menamatkan pengajiannya di peringkat ijazah sarjana muda, beliau telah diambil bekerja oleh syarikat DuPont di AS namun beliau tidak lama disitu.

Kajian mengenai gandum

varieti gandum

Tetapi tidak lama kemudian beliau menerima jawatan baru denngan menjadi penyelidik dalam program saintifik yang bertujuan untuk meningkatn kepelbbagaian jenis gandum di Mexico.

Dari 1944 hingga 1960, Borlaug bekerja di Mexico. Beliau telah mencipta pelbagai varieti gandum yang tahan terhadap penyakit dan pada masa yang sama memberikan hasil tanaman yang lebih baik.

Salah satu momen yang paling penting dalam penyelidikan Borlaug melibatkan penemuan yang mengubah dunia pertanian. Varieti gandum yang lebih tinggi selalunya akan "patah" kerana bahagian atasnya yang semakin besar bermakna batang yang tinggi tidak dapat menampung berat gandum tersebut.

Kejayaannya menghasilkan varieti gandum yang lebih pendek dianggap satu "Revolusi Hijau" di seluruh dunia kerana ini bermakna gandum tersebut boleh tumbuh membesar sebelum hasilnya boleh diambil untuk dijadikan makanan.

Gandum berbatang pendek ciptaannya dapat menahan bahagian kepala yang berat yang telah disenyawakan dan merupakan elemen penting dalam Revolusi Hijau di negara membangun.

Peningkatan bekalan makanan

peningkatan hasil gandum

Memandangkan kaedah Norman Borlaug telah mencipta satu kaedah pembiakan tumbuhan kontemporari, varieti gandum baharu yang diciptanya sememangnya mendapat sammbutan di seluruh dunia. Selain gandum, Borlaug membantu menambah baik varieti padi.

Varieti baharu ini berjaya di kawasan yang sangat berbeza dari segi iklim termasuk Amerika Selatan, Afrika, Timur Tengah, Pakistan, dan India. Beberapa wilayah dunia ini mengalami kekurangan makanan dan kebuluran, maka membawa masuk tanaman baru ini telah menyelamatkan bekalan makanan mereka. 

India menjadi satu contoh di mana kadar pengeluaran makanan mengatasi kadar pertumbuhan penduduk sebaik sahaja Revolusi Hijau bermula di sana. Negara ini bukan sahaja berdikari dalam pembuatan makanan tetapi akhirnya berjaya memulakan ekssport makanan.

Hadiah Keamanan Nobel

norman borlaug

Walau bagaimanapun, sukar untuk menyatakan berapa juta (kebanyakan anggaran mengatakan lebih satu bilion) orang telah diselamatkan daripada kelaparan hasil daripada inovasi Norman Borlaug ini.

Itulah sebabnya atas usahanya ini beliau memperoleh Hadiah Keamanan Nobel. Norman Borlaug juga terkenal sebagai penerima Pingat Kebebasan Presiden pada tahun 1977 dan Pingat Sains Kebangsaan pada tahun 2004.

Pada tahun 1986, Norman Borlaug juga telah memperkenalkan penganugerahan Hadiah Makanan Sedunia untuk memberi penghormatan kepada mereka yang telah membantu untuk meningkatkan kuantiti dan akses kepada bekalan makanan di global.

Kredit:

  1. The Vintage News
  2. Wikipedia
  3. The Guardian



Hakcipta iluminasi.com (2017)