Baru-baru ni kecoh apabila wakil sebuah firma pekerjaan berkata, graduan di Malaysia mempunyai kemahuan yang tidak realistik jika dibandingkan dengan realiti sebenar dunia pekerjaan. Adakah perkara tersebut benar atau hanya sekadar omongan kosong untuk memastikan permintaan graduan-graduan baru kekal rendah? Wallahuallam.

Bagaimanapun, memang tidak dinafikan ada pelbagai aspek yang perlu diperhalusi sebagai graduan yang baharu sahaja menamatkan zaman belajar dan kini mula menceburi alam pekerjaan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut merupakan nasihat-nasihat berguna yang selalu dipandang remeh oleh graduan baru. Begitu juga dengan pekerja yang sudah mempunyai pengalaman bertahun-tahun. Nasihat-nasihat ini diharapkan dapat membantu anda dalam mencari pekerjaan dan membantu meringankan proses menyesuaikan hidup di tempat kerja yang baru.

1. Tak Ada Siapa Peduli Apa Kelulusan Anda!

panduan memasuki alam pekerjaan

Walaupun anda datang bekerja dengan segulung ijazah yang anda susah payah dapatkan, ini tidak bererti anda hebat dan serba tahu. Kosongkan fikiran anda. Buang semua bukti yang anda hebat memimpin di kolej atau universiti dulu, kemudian belajar semula. Organisasi baru memerlukan corak pemikiran yang baru. Jadi jangan terkejut jika selama ini anda rasa anda mempunyai bakat superhuman dan sangat penting, anda dipandang sebagai Mr.Nobody di tempat kerja baru anda.

2. Jangan Terus Rasa Anda Original!

jangan terlampau yakin pada diri bila bekerja

Perkara yang paling menyakitkan hati adalah apabila wujud pihak lain yang mengambil kredit daripada idea atau kerja kita. Perkara itu akan berlaku walau sekuat mana pun anda melawan. Buat permulaan, walaupun anda tahu idea itu merupakan idea anda, cuba cari jalan supaya idea tersebut dapat dikreditkan secara berkumpulan, misalnya melibatkan jabatan atau unit anda.

Ini akan membuatkan anda jadi popular di kalangan rakan sekerja kerana mereka kini mempunyai sebab untuk lebih mempercayai keikhlasan anda.

3. Hindari Diri Dari Politik Pejabat!

membawang di ofis pejabat

Menyertai kumpulan-kumpulan atau puak di dalam pejabat mampu membuatkan kita rasa selamat tetapi selalunya jalan yang lebih selamat adalah menjadi individu yang tidak mampu dikaitkan dengan mana-mana puak yang memegang sentimen masing-masing.

Sebaliknya, cuba jadikan diri anda orang yang dipercayai dan tidak melibatkan diri dalam mana-mana puak kerana ini akan membuatkan anda kurang menjadi sasaran sebagai kambing hitam jika wujud insiden atau isu pejabat.

4. Sebelum Menghadiri Temuduga, Semak Resume Anda!

panduan tips di tempat kerja

Ini benda paling asas. Resume adalah dokumen pertama di mana anda akan dinilai. Pastikan tidak ada kesalahan ejaan berlaku atau lari susun atur. Resume tidak perlu meleret-leret, cukup sekadar memaparkan apa yang diperlukan dan apa yang anda rasa penting untuk diketengahkan.

Tidak menjadi kepentingan resume datang dalam bentuk berwarna dan pastikan tidak ada penggunaan fon yang fancy untuk 'mencantikkan' resume anda. Less is more. Pastikan gambar yang digunakan tidak pecah pikselnya.

5. Anda Akan Lakukan Kesilapan, Teruskan Hidup!

gagak sekali tidak beerti gagal selamanya

Sewaktu belajar, apabila anda melakukan kesilapan, selalunya kesilapan itu tidak akan membawa kesan yang besar. Paling besar pun, kesan ke atas anda. Dalam dunia pekerjaan pula, kesilapan adalah sesuatu yang melibatkan ramai orang lain dan mungkin memberi kesan kepada syarikat misalnya.

Tetapi anda harus terima yang anda juga akan melakukan kesilapan. Jika terbukti anda tersilap langkah, akui kesilapan dan teruskan dengan rutin profesional anda seperti biasa. Jika ada tindakan susulan, minta penjelasan dari pihak pengurusan. Pastikan anda bersikap profesional setiap masa dan tidak terpengaruh dengan emosi.

6. Tolonglah Buat Alamat Emel Baru!

email kebudak budakan mengarut

Pelajar-pelajar Melayu khasnya, amat gemar mengekalkan alamat emel yang mereka gunakan semasa zaman belajar untuk digunakan sewaktu memohon pekerjaan. Tolong tukar emel anda jika emel anda itu tidak memaparkan nama.

Susah hendak diterangkan kenapa 'apple_gurlz1985@hotmail.com' atau 'ben_naruto2001@gmail.com' bukan emel yang sesuai untuk mereka yang sudah bekerja. Tetapi percayalah, jangan guna emel tersebut. Cipta akaun emel yang baru. Gunakan emel lama untuk tujuan peribadi sahaja,




Hakcipta iluminasi.com (2017)