Artikel ini ditulis oleh Dr. Rafidah Abdullah di laman Facebook milik beliau. Beliau merupakan seorang Nephorolist iaitu doktor pakar khusus dalam penjagaan dan merawat penyakit buah pinggang. 

PUASA DAN KENCING MANIS

Untuk yang berpenyakit Kencing Manis, risiko berpuasa dibulan Ramadhan termasuk:

  1. Gula rendah (hypoglycemia)
  2. Gula tinggi (hyperglycemia) 
  3. Komplikasi teruk seperti Diabetic Ketoacidosis
  4. Dehidrasi dan pembekuan darah (thrombosis)

BESARKAN TEKS     A-  A+

Penuh jugak wad di Hospital dengan Komplikasi no 3. Yang ini sangat bahaya.

diabetic ketoacidosis

Ianya terjadi sebab:

1. Dah sangat biasa gula tinggi.

Ramai yang tak kisah pasal kawalan gula. Katanya kalau gula paras normal, rasa "hypo". Ramai yang suka tinggi jek, tak ada usaha langsung nak mengawal. Bacaan gula (puasa) mesti 4.4 - 7.0mmol/L dan HbA1C perlu antara 6-7% bergantung kepada risiko (DM CPG 2015 & ADA 2017). Kalau lebih dari itu, tak elok dah tu. Mohon usaha lah lebih sikit.

2. Tidak cucuk insulin

insulin

Atau cucuk dos tak cukup. Katanya tak makan tak perlu cucuk. Ada caranya ya, mohon jumpa Doktor & misi di Klinik untuk berbincang.

3. Tak memeriksa langsung paras gula

semak paras gula

Terutamanya mereka yang menggunakan suntikan insulin. Anak-anak mohon pastikan ibu ayah itu ada mesin nak periksa gula di rumah. Kalau tak ada, mohon beli kan untuk hadiah sempena bulan Ramadhan🙏

Untuk pengamal perubatan, mohon hadamkan guidelines ini, boleh kita semua memberi nasihat yang betul kepada kesemua pesakit.

Tak sanggup saya lihat yang bertarung nyawa di hospital disebabkan komplikasi yang boleh dielakkan.

Beringat-ingat lah ya semasa berbuka puasa. Kesederhanaan sangat penting.

Jaga diri anda & keluarga anda baik-baik.

Rafidah Abdullah

Pakar Perubatan & Nefrologi




Hakcipta iluminasi.com (2017)