Semalam, aktres dan penyanyi Nabila Razali menerusi laman Instagram berkongsi beberapa foto menarik di sekitar majlis sambutan hari lahirnya yang ke-25.
Apa yang menarik perhatian ialah kelibat aktor Aedy Ashraf yang turut kelihatan, berpakaian sedondon dengan Nabila.
Pasangan sama cantik sama padan ini tampil dengan gaya kasual mengenakan jaket jeans berwarna biru.
Sehingga kini, kiriman itu telah meraih lebih 59 ribu tanda suka dan hampir seribu komen.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat dilihat 'merestui' hubungan pasangan pelakon ini.
Sebelum ini, Nabila yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia 2013 mendedahkan sedang dalam fasa berkawan dengan Aedy.
Nabila mengaku mereka dalam proses mengenali hati budi masing-masing.
Hubungannya dengan aktor Hero Seorang Cinderella itu mula menjadi bualan sensasi selepas mereka memuat naik foto bersama di laman Instagram masing-masing.
Kredit foto: Instagram Nabila Razali