Kredit foto: Instagram Riena Diana
Biodata
1. Nama lengkapnya, Nur Qamarina Diana binti Zulreal. Popular sebagai Riena Diana.
2. Kelahiran Petaling Jaya, Selangor, Malaysia pada 3 September 1997. Berusia 22 tahun (2019).
3. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.
4. Menempa populariti sebagai pelakon dan model.
5. Bergelar selebriti sejak tahun 2017 selepas pembabitan sebagai salah seorang finalis Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2017.
6. Drama pertama lakonannya berjudul Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin siaran TV3 yang antara lain dibintangi Raysha Rizrose, Azrel Ismail dan Idris Khan. Beliau membawakan watak Riena.
7. Namanya semakin terkenal selepas mendukung watak Dr. Qhadeeja dalam drama rantaian fenomena, Nur yang turut menampilkan barisan pelakon terkemuka seperti Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Riena Diana, Noorkhiriah, Azhan Rani dan Fatimah Abu Bakar.
8. Kemunculannya dalam beberapa drama dan telemovie lain turut membuka mata umum, antaranya menerusi Dekatkan Jarak Kita, Cinta Lemon Madu, Vila Ghazara, Adam Chempaka, Tasbih Usang dan 14 Hari.
Info Drama Nur 2
- Karya arahan dan hasil tulisan skrip oleh Shahrulezad Mohameddin.
- Selain Riena Diana, turut membintangi drama sekuel Nur ini ialah Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azar Azmi, Raja Atiq, Eyra Hazali, Noorkhiriah, Azhan Rani, Mathni Razak, Datuk Jalaluddin Hassan, Fatimah Abu Bakar dan ramai lagi.
- Menampilkan 'Tetap Kamu' dendangan Amylea dan Megat sebagai lagu pembukaan setiap episod.
- Bersiaran 15 episod mulai 2 April 2019, jam 10 malam menerusi slot Samarinda di saluran TV3.
- Terbitan syarikat penerbitan, Radius One Sdn Bhd.
- Diklasifikasikan sebagai PG13 iaitu kategori tontonan untuk usia 13 tahun ke atas, dengan bimbingan ibu bapa.
Foto
Kredit foto: Instagram Riena Diana
Video
Kredit video: Youtube ntv7 Malaysia
Kredit:
3. Utusan