Apabila kita sebut "mumia", pastinya tamadun Mesir purba akan terlintas dalam fikiran kita. Hal ini disebabkan penemuan beberapa mumia yang paling terkenal di dunia, seperti Tutankhamun dan Ramses II.

Tetapi mungkin ramai yang tidak tahu bahawa orang Mesir purba bukanlah budaya pertama yang mengamalkan mumia. Orang Chinchorro di Gurun Atacama Chile adalah orang pertama yang memumikan mayat mereka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Budaya dan amalan hidup

tugu muzium mumia

Kaum Chinchorro mendiami kawasan pantai Pasifik di utara Chile dan selatan Peru kini kira-kira 9,000 tahun dahulu sehingga kira-kira 3,500 tahun dahulu sebelum mereka tiba-tiba pupus atau hilang dari muka Bumi. Masyarakat Chinchorro memperoleh mata pencarian mereka dari laut dan merupakan nelayan yang pakar.

Mereka membangunkan peralatan memancing yang pelbagai dan canggih seperti mata kail pancing yang diperbuat daripada cengkerang dan kaktus dan pemberat batu untuk pukat yang diperbuat daripada kain jejaring. Chinchorro juga terkenal dengan amalan mumia dan pengebumian yang terperinci.

Walaupun terletak berhampiran laut, gurun Atacama adalah salah satu tempat paling kering di bumi. Persekitaran yang gersang ini membantu dalam pemeliharaan mayat. Orang-orang Chinchorro pasti menyedari bahawa mayat orang mereka yang telah mati tidak reput, dan dengan itu memulakan amalan mumia yang disengajakan.

Orang Chinchorro mula mengawet mayat si mati daripada kalangan mereka kira-kira 7,000 tahun yang lalu. Menurut satu teori, arsenik semulajadi di Sungai Camarones, seratus kali lebih tinggi daripada tahap keselamatan moden mungkin menyebabkan keracunan dan pengawetan bayi yang belum lahir secara tidak sengaja.

Proses mengawet mayat

mumia terawal dunia

Orang Chinchorro akan membuat hirisan  kecil pada badan dan mengeluarkan organ dalaman sebelum mengisinya dengan kayu, buluh, dan tanah liat untuk mengekalkan bentuk tubuh mayat tersebut.

Tukang pengawey mayat kemudian akan menjahitnya semula sama ada menggunakan kulit manusia atau kulit singa laut. Biasanya kanak-kanak dan bayi menerima rawatan mumia yang paling rumit. Kepala akan diberi rambut hitam lebat dan muka akan ditutup dengan tanah liat dan topeng dengan bukaan atau lubang pada mata dan mulut.

Akhirnya, badan itu dicat dengan warna merah atau hitam yang tersendiri menggunakan pigmen daripada mineral, oker, mangan dan oksida besi. Orang mati kemudiannya diletakkan di atas kain yang diperbuat daripada buluh dan dikebumikan di tanah padang pasir di mana mereka telah tinggal dipelihara selama beribu-ribu tahun kerana iklim kering.

Sukar untuk menentukan mengapa Chinchorro mempunyai keperluan untuk mengawet si mati. Mumia ini mungkin berfungsi sebagai alat untuk membantu jiwa untuk terus hidup dan untuk mengelakkan mayat daripada menakutkan orang yang masih hidup.

Teori yang lebih diterima umum ialah terdapat sejenis pemujaan nenek moyang, kerana terdapat bukti mayat-mayat ini dibawa bersama kumpulan dan diletakkan dalam kedudukan terhormat semasa upacara besar dan penangguha dalam ritual pengebumian terakhir itu sendiri.

Muzium penyimpanan mumia

muzium mumia

Anda boleh melihat mumia di Muzium Arkeologi San Miguel de Azapa dan yang berdekatan di muzium Azapa, yang mempunyai koleksi terbesar mumia berjumlah kira-kira 300. Walau bagaimanapun, hanya 10 peratus yang boleh dilihat kerana  90 peratus daripadanya berada dalam simpanan.

Sehingga baru-baru ini, persekitaran kering Atacama telah membantu memelihara mumia tetapi dengan perubahan iklim, mumia-mumia yang disimpan disana berada di bawah ancaman. Peningkatan kelembapan di padang pasir Atacama telah menyebabkan mumia-mumia ini rosak dengan cepat. Ada juga yang ditumbuhi kulat.

Sebuah muzium baru sedang dibina yang akan mempunyai persekitaran terkawal untuk pemeliharaan mumia. Pada masa ini mumia sedang disimpan tanpa penghawa dingin atau kawalan kelembapan.

Muzium baharu bernilai 20 bilion peso Chile (kira-kira $24.7 juta dolar AS) yang masih dalam pembinaan itu dijadualkan dibuka menjelang 2024. Ia akan bersaiz 5,000 meter persegi dan menyimpan mumia pada tahap kelembapan optimum antara 40 dan 60 peratus.

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. BBC
  3. CNN
  4. National Geographic
  5. UNESCO



Hakcipta iluminasi.com (2017)