(Foto kredit : ELLE Malaysia)
Penyanyi yang popular dengan lagu Bunga-bunga Cinta, Misha Omar telah melahirkan cahaya mata pertamanya pada bulan Ogos tahun lalu. Si comel bernama Idris Ezzwa yang kini berusia 6 bulan masih disusukan sepenuhnya oleh Misha Omar.
Walaupun bergelar seorang selebriti yang mempunyai jadual harian yang padat, Misha memberikan komitmen sepenuhnya untuk menyusukan Idris secara eksklusif. Misha juga akan meluangkan masa untuk mengepam susu apabila terpaksa berjauhan dengan anak.
BESARKAN TEKS A- A+
(Foto kredit : instagram Misha Omar)
Tips dan amalan Misha Omar
Misha mengamalkan tips dan petua berikut sepanjang menyusukan Idris Ezzwa:
Untuk memperbanyakkan hasil susu dan menjaga kualiti susu, Misha menjaga pemakanan harian dengan mengambil makanan yang sihat dan seimbang. Banyakkan minum air putih dan makan makanan berserat, buah dan sayuran untuk menghasilkan susu yang banyak.
Jangan mudah berasa hampa dan bersedih sekiranya kuantiti susu yang dihasilkan tidak banyak. Ibu yang menyusukan anak perlu sentiasa berfikiran positif dan terus berusaha. Dapatkan sokongan padu dari pasangan, ahli keluarga dan rakan-rakan kerana sokongan moral yang positif dapat membantu ibu untuk kekal komited dalam menyusukan anak.
Cari supplement penyusuan atau milk booster untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak dan berkualiti. Antara milk booster semula jadi yang boleh dimakan adalah seperti flax seed, oat, kacang almond, biji halba dan avokado.
Banyakkan membaca dan sentiasa menambah ilmu pengetahuan berkenaan bayi dan penyusuan eksklusif.
antara artis lain yang turut menyokong penyusuan eksklusif.
Selain Misha Omar, ramai juga rakan artis lain yang menyusukan anak mereka secara eksklusif. Antaranya Wardina, Sazzy Falak dan Dynas Mokhtar. Selebriti-selebriti ini adalah antara golongan yang menyokong sepenuhnya hak penyusuan ibu dan mereka sedar akan kebaikan dan khasiat susu ibu bagi bayi berusia bawah 2 tahun. Boleh jadi sumber inspirasi, bukan?
Kepada para ibu yang masih belum mahir dengan teknik menyusukan anak dengan betul, tonton video berikut yang dihasilkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan teknik penyusuan yang betul:
Jika anda masih khuatir dengan kaedah penyusuan yang betul dan bagaimana cara menghasilkan susu dengan banyak, bolehlah berhubung dengan mana-mana pakar perunding laktasi (Lactation Consultant) berhampiran anda untuk mendapatkan nasihat pakar dengan lebih lanjut.