Mungkin tak ramai yang menyedari situasi ini tetapi setiap hari, beratus-ratus batu daripada angkasa lepas termasuklah ketulan asteroid, besi dan nikel jatuh ke bumi daripada angkasa lepas.

Namun ketika ia sedang mendarat, batu-batu ini pecah dan hancur menyebabkan kita tak sempat untuk melihatnya. Namun, terdapat pengecualian perkara ini, dan meteorit Hoba adalah pengecualian yang terbesar pernah berlaku.

BESARKAN TEKS     A-  A+

meteorit hoba meteorit paling besar pernah mendarat di bumi

meteorit hoba meteorit paling besar pernah mendarat di bumi 5

Terletak di sebuah ladang di utara tengah Namibia, Afrika Selatan, meteorit Hoba adalah meteorit yang paling besar di atas muka bumi. Ia dijumpai oleh seorang petani, Jacobus Hermanus Brits pada tahun 1920 dan tidak tahu bila meteorit ini mendarat di bumi.

Beliau menjumpai meteorit ini dengan tak sengaja ketika bekerja di ladang Hoba yang memberikan nama kepada meteorit ini. Ketika terjumpa batu angkasa ini, Jacobs tidak berasa apa-apa yang pelik kerana hanya dapat melihat bahagian atasnya sahaja.

meteorit hoba meteorit paling besar pernah mendarat di bumi 4

meteorit hoba meteorit paling besar pernah mendarat di bumi 9

Namun beliau menyedari tanah disekeliling meteorit ini menjadi seperti kapur, manakala meteorit ini berwarna hitam. Disebabkan tidak tahu apa yang dijumpainya, Jacobs menghubungi pihak berkuasa dan mereka mengesahkan bahawa objek yang sangat besar itu merupakan sebuah meteorit.

Apa yang mengejutkan para saintis adalah bagaimana batu sebesar itu dengan berat 54,431 kilogram dan berukuran 3 x 3 x 1 meter itu tidak meninggalkan kesan kawah ketika mendarat di bumi, yang mana sepatutnya berlaku.

meteorit hoba meteorit paling besar pernah mendarat di bumi 8

meteorit hoba meteorit paling besar pernah mendarat di bumi 7

Malah ia seolah-olah tidak meninggalkan sebarang kesan. Terdapat pendapat bahawa kelajuan meteorit ini berkurangan secara berkala ketika memasuki atmosfera bumi dan mengalami pecutan sifar.

Persoalan lain timbul seperti bagaimana bentuknya masih kekal apabila memasuki atmosfera bumi. Namun ia dijelaskan oleh beberapa ciri yang ada pada meteorit ini termasuklah terdiri daripada 84% besi, menjadikannya sebagai satu-satunya besi yang tidak dihasilkan oleh manusia.

meteorit hoba meteorit paling besar pernah mendarat di bumi 6

Kajian lanjut oleh sekumpulan saintis mengesahkan komposisi meteorit Hobat bukanlah sekadar besi, tetapi juga terdiri daripada nikel sebanyak 16%. Apa yang lebih menakjubkan dan jarang berlaku mengenai meteori ini adalah hanya 5% daripada ketulan meteorit yang sampai ke bumi mempunyai ciri-ciri yang sama.

Malah, tak ada yang bersaiz sebesar ini.

meteorit hoba meteorit paling besar pernah mendarat di bumi 10

meteorit hoba meteorit paling besar pernah mendarat di bumi 01

meteorit hoba meteorit paling besar pernah mendarat di bumi 0

Disebabkan saintis dapat mengesan isotop radioaktif nikel pada meteorit ini, mereka mampu menentukan umurnya yang dianggarkan di antara 190 hingga 410 tahun juta tahun. Dan mereka juga percaya meteorit ini mendarat di bumi 80,000 tahun lalu.

Lokasi meteorit Hoba ini menjadi tarikan pelancong yang popular sejak diteui. Namun pihak berkuasa terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga bagi memeliharan batu besar ini daripada rosak.

Rujukan:

1. Info Namibia

2. Boredom

3. Geology




Hakcipta iluminasi.com (2017)