Jika anda mempunyai kucing di rumah, anda mungkin tidak asing lagi menerima ‘hadiah’ dari semasa ke semasa. "Hadiah ini mungkin dalam bentuk labah-labah mati, tikus, mangsa yang lebih besar seperti arnab atau tupai (jika kucing anda seekor pemburu yang mahir) atau ia mungkin objek tidak bernyawa seperti tedd bear.

Tingkah laku ini adalah salah satu yang sering membingungkan pemilik kucing, terutamanya apabila hadiah yang dibawa pulang itu berbentuk haiwan mati walhal  makanan lazat untuk mereka mudah didapati di rumah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Lebih membingungkan buat sesetengah pemilik, kucing-kucing mereka tidaklah memakan haiwan yang diburu itu. Malah, kucing mereka juga adakalanya tidaklah membunuh haiwan tersebut. Apakah motif di sebalik "hadiah" daripada kucing ini?

Semuanya mengenai naluri semulajadi mereka

kucing tangkap burung

Walaupun kucing telah dijinakkan selama lebih 10,000 tahun, mereka masih mengekalkan beberapa naluri liar mereka antaranya memburu. 

Kucing dilahirkan untuk memburu. Walaupun kucing peliharaan tahu bahawa mereka tidak perlu menangkap makanan mereka sendiri untuk terus hidup, mereka tidak dapat menahan keinginan untuk memburu tersebut. Malah, mereka amat menikmattii proses pemburuan dan pengejaran mangsa mereka. 

Di alam liar, ibu kucing mengajar anak mereka cara memakan makanan mereka dengan membawa pulang mangsa yang mati atau cedera. Kucing domestik juga tidak berbeza dengan sifat semulajadi ini.

Tetapi pada zaman moden kucing domestik yang telah dimandulkan ini, banyak kucing betina tidak mempunyai anak yang perlu mereka wariskan kebijaksanaan dan kepakaran memburu mereka.

Dengan meninggalkan haiwan mati berdekatan dengan anda, kucing anda melakonkan peranan semula jadinya sebagai ibu dan guru kepada anak-anaknya. Kucing anda sudah menganggap anda seperti keluarganya sendiri dan oleh itu membawa hasil buruan tersebut kepada anda.

Oleh itu, sebelum anda menghukum kucing anda kerana tabiat pelik dan jeliknya itu, pertimbangkan maksud tingkah lakunya. Daripada cara makan hingga menggunakan pasir tempat buang air, tabiat kucing anda adalah berdasarkan naluri kelangsungan hidup mereka yang diperturunkan dari generasi ke generasi.

Haiwan lain dengan tabiat sama

hadiah dari ikan lumba

Selain kucing, anjing juga mempunyai tabiat suka memberi "hadiah" seperti kucing kepada pemiliknya.

Selain kedua jenis haiwan ini, tingkah laku unik ini juga telah diperhatikan dalam mamalia marin seperti ikan lumba-lumba. Malah, contoh yang menarik bagi tingkah laku ini boleh dikesan pada tahun 2015 ketika program pemakanan terkawal di Queensland, Australia.

Pada program itu, sekumpulan ikan lumba-lumba sentiasa dibekalkan dengan ikan sebagai sebahagian daripada program pemakanan terkawal di Tangalooma. Ikan lumba-lumba ini dilihat "memberi hadiah" ikan dan cephalopod (seperti sotong dan sotong) kepada manusia yang memberi mereka makan.

Ahli biologi yang mengkaji ikan lumba-lumba ini mencadangkan bahawa tingkah laku "pemberian hadiah" ini boleh dianggap sebagai lanjutan daripada budaya haiwan (dalam kes ini, ikan lumba-lumba dalam program pemakanan). Selain itu, ada juga ikan lumba yang membawa "hadiah" lain seperti batu karang dan pelbagai barangan lain dari laut. 

Kredit:

  1. Purina
  2. The Spruce Pets
  3. Live Science



Hakcipta iluminasi.com (2017)