Kredit foto: Instagram Ajak Shiro
Terlalu kuat bekerja dengan jadual aktiviti seni yang padat menjadi punca pelawak, hos dan penyampai radio, Ajak Shiro dimasukkan ke hospital.
Berita itu disampaikan oleh isterinya, Afifah Amin, menerusi laman Instagram Ajak.
“Doakan kesihatan Baba ya. Orang kuat kerja, akhirnya tewas di katil hospital. Kapsyen daripada ibu,” tulisnya.
Entri berkenaan disertakan tanda pagar #CTScan dan foto Ajak sedang menjalani rawatan.
Menerusi ruangan komen, para peminat menggesa agar beliau mendapatkan rawatan serta rehat secukupnya sebelum kembali melunaskan komitmen kerjaya seni.
Terlebih dahulu iaitu pada Ahad, Ajak memikul peranan sebagai hos tetap Melodi bersama Janna Nick, sebelum dikejarkan ke hospital.
Beliau turut bertindak sebagai juruhebah di stesen radio HotFM, selain masih bergiat aktif menerima tawaran sebagai pelawak.