Oleh pada 14 Nov 2017 kategori

Kredit foto: The Malay Mail Online

Penyanyi dangdut Mas Idayu menjadi mangsa kutukan peminat di media sosial gara-gara 'mengamuk' di rancangan realiti 'D'Academy Asia'!

Difahamkan, 'insiden' itu berlaku ketika penyanyi dangdut ini memberikan kritikan kepada salah seorang peserta program berkenaan, Baby Shima.

mas idayu mengamuk lagi 2

Kredit foto: Instagram Baby Shima

D’Academy Asia yang bersiaran di negara Indonesia adalah sebuah rancangan yang menghimpunkan peserta daripada pelbagai negara Asia antaranya Indonesia, Malaysia, Thailand, Singapura dan banyak lagi.

Sementara itu, Mas Idayu merupakan juri profesional yang mewakili negara Malaysia.

Ketika kejadian, Baby Shima yang juga peserta dari Malaysia ini dikritik hebat oleh Mas Idayu hinggakan seluruh studio tergamam melihat aksi tersebut.

Tindakan juri ini bersuara lantang mencetuskan perbualan sensasi di kalangan pengguna media sosial.

Sehingga kini pihak media masih menantikan kenyataan daripada Mas Idayu, mahupun Baby Shima berhubung isu tersebut. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)