Pada tahun 2020, jika seseorang itu dijangkiti COVID-19, individu ini secara purata boleh menyebarkannya kepada 2 atau 3 orang yang lain. 2 atau 3 orang yang dijangkiti ini kemudiannya juga akan mempunyai kebarangkalian yang sama dalam menjangkiti yang lain.

1 daripada 200 orang yang dijangkiti virus ini mempunyai risiko mati dan dalam setahun, COVID-19 telah membunuh lebih daripada 2 juta nyawa di seluruh dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Cuba bayangkan jika virus ini lebih mudah berjangkit, iaitu jika seorang pesakit boleh menjangkiti purata 4 hingga 6 orang dan kadar kematian adalah lebih tinggi iaitu sekitar 3 dalam 10 orang.

Ini adalah apa yang berlaku satu ketika dahulu iaitu pandemik cacar.

Cacar telah meragut beratus-ratus juta nyawa hanya dalam abad ke-20 sahaja dan membelenggu manusia selama berabad-abad sebelum itu.

cacar 513

Namun, manusia telah berjaya menghapuskannya dari muka Bumi. Jadi, bagaimana kita melakukannya? Bolehkah kita melakukannya sekali lagi?

Semuanya bermula dengan vaksin. Pada penghujung abad ke-18, seorang saintis dari United Kingdom bernama Edward Jenner telah membangunkan cara baharu untuk memerangi cacar dan beliau menamakannya sebagai pemvaksinan.

Sebelum itu, satu-satunya cara untuk mendapatkan kekebalan dari cacar adalah dengan dijangkiti penyakit ini, sama ada dengan sengaja atau tidak. Dan terbukti bahawa cara Edward adalah jauh lebih selamat.

Berita tentang vaksinasi ini tersebar dengan pantas. Dalam tempoh 5 tahun, ia sampai ke Amerika dan 10 tahun kemudian, ke Asia.

Vaksinasi sahaja akhirnya cukup ntuk mengurangkan kes secara drastik dan ini sebahagiannya disebabkan oleh bagaimana cacar merebak.

pandemik cacar

Berbeza dengan penyakit seperti Malaria, yang boleh merebak kepada manusia dari nyamuk atau Ebola, yang boleh merebak ke manusia dari kelawar dan haiwan lain, cacar hanya dapat disebarkan kepada manusia dari manusia lain.

Ia tidak melibatkan vektor haiwan, yang bermaksud memvaksinasi manusia secara perlahan akan menghilangkan satu-satunya cara penyebaran penyakit ini.

Menjelang awal abad ke-20, sebahagian besar Eropah, Amerika Syarikat dan Kanada hampir tiada kes cacar.

Namun negara-negara dengan sumber yang kurang, pergolakan awam, atau kepadatan penduduk yang lebih tinggi bergelut untuk memvaksinasi dan membendung virus dengan berkesan.

Dan selagi cacar ada di mana-mana tempat di dunia, selagi itulah ia mengancam seluruh umat manusia.

vaksin edward jenner

Pembasmian secara keseluruhan memerlukan usaha sama antarabangsa.

Dalam rangka kerja PBB, terdapat satu organisasi baharu untuk mempromosikan kebajikan semua orang, yang diberi nama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pada tahun 1967, Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menubuhkan rancangan bersatu untuk membasmi penyakit cacar selama-lamanya.

Memiliki agensi berpusat telah mengubah realiti untuk kesihatan awam di mana negara-negara bergabung bersama dan kempen vaksinasi tersebar ke seluruh dunia.

Pada mulanya, sasarannya adalah ringkas iaitu untuk memberi vaksin kepada semua orang.

Namun usaha ini terbukti sangat sukar untuk direalisasikan di tempat-tempat berpenduduk padat seperti India di mana sangat sukar untuk mengesan wabak dan virus itu dapat tersebar dengan cepat.

vaksin cacar

Pada tahun 1974, lebih daripada 15,000 nyawa terbunuh di India akibat cacar hanya dalam tempoh 5 bulan.

Oleh itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mencadangkan pendekatan yang lebih disasarkan iaitu daripada cuba untuk memvaksin semua orang sekaligus, pegawai kesihatan awam menumpukan kepada individu yang dijangkiti dengan menggunakan bentuk pengesanan kontak.

Doktor-doktor dan para sukarelawan akan mengasingkan orang tersebut dan memberi vaksin kepada sesiapa sahaja yang pernah bersentuhan dengan mereka, serta siapa pun yang bersentuhan dengan orang-orang itu.

Ini secara langsung dapat mewujudkan penampan imuniti antara jangkitan dan seluruh masyarakat.

Ia dikenali sebagai "ring vaccination" dan ia sangat berkesan bukan sahaja di India malah di seluruh dunia.

cacar dibasmi dari bumi

Dan pada 8 Mei 1980, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan bahawa penyakit cacar telah dihapuskan.

4 faktor yang membantu membasmi cacar adalah vaksinasi, tiada vektor haiwan dalam penyebaran virus, kerjasama global serta pengesanan kontak dan kuarantin.

Tidak ada jalan tunggal untuk pembasmian penyakit dan jika satu atau lebih daripada 4 perkara ini tidak dapat dipenuhi, ia akan membuatkan usaha ini sukar malah mustahil.

Jadi, jom kita bercakap tentang COVID-19. Dalam hal ini, vaksinasi bukanlah satu masalah di mana teknologi baharu telah menghasilkan vaksin selamat dan berkesan dalam tempoh yang singkat.

Masalah dengan COVID-19 adalah caranya merebak. Yang pertama adalah pembawa haiwan. Para penyelidik percaya bahawa virus SARS-CoV-2 berasal dari kelawar, yang bermaksud terdapat cara untuk ia merebak dari haiwan kepada manusia.

kelawar dikatakan penyebab covid 19 981

Jadi, walaupun kita berjaya menghapuskannya dari populasi manusia, ia mungkin dapat kembali semula seperti mana ia muncul buat pertama kali pada penghujung tahun 2019.

Malah, cara ia tersebar dari seorang manusia kepada manusia lain juga adalah satu masalah.

Pesakit yang dijangkiti cacar hanya boleh menyebarkan penyakit tersebut jika mereka menunjukkan gejala, namun pesakit COVID-19 boleh menjangkiti orang lain walaupun tidak bergejala.

Malah, ada individu yang langsung tidak bergejala, tetapi dijangkiti COVID-19.

Adalah sangat sukar untuk mengesan secara efektif sesuatu yang kita tidak dapat lihat, atau mengasingkan individu yang langsung tidak menyedari bahawa mereka dijangkiti.

masalah covid india

Masalah yang ketiga adalah kerjasama antarabangsa. Sejak awal pandemik ini, banyak negara telah mengambil pendekatan nasionalisma terhadap COVID-19.

Sesetengah negara melarang eksport alat pelindung, sesetangah negara menyekat eksport ubat-ubatan penting, dan Amerika Syarikat menarik balik dana dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Dalam pertemuan pada September 2020, Setiausaha Agung PBB berkata, "Pandemik ini dengan jelas merupakan satu ujian terhadap kerjasama antarabangsa, satu ujian yang mana kita pada dasarnya gagal,".

Walaupun selepas vaksin tersedia, negara-negara yang kaya membeli sumber ini dan meninggalkan negara-negara miskin di belakang.

Ini merupakan satu masalah besar kerana dengan membiarkan virus ini merebak di kawasan-kawasan ini memberikannya peluang dan masa untuk tersebar.

Ia sekaligus meningkatkan peluang virus ini untuk bermutasi dan lebih membahayakan dunia.

Hal ini terbukti berlaku dengan kewujudan varian baharu seperti Alpha (United Kingdom - September 2020), Beta (Afrika Selatan - Mei 2020), Gamma (Brazil - November 2020) dan Delta (India - Oktober 2020). 

covid 19 di brazil

Secara keseluruhan, COVID-19 dilihatkan sebagai penyakit yang tersangat sukar untuk dibasmi tetapi pembasmian bukan satu-satunya pilihan.

Bagi yang tidak tahu, cacar adalah satu-satunya penyakit manusia yang pernah kita hapuskan.

Perkara yang paling biasa untuk kita lakukan adalah membendung dan mengawal sesuatu penyakit.

Dan ramai penyelidik berpendapat bahawa apa yang kita mampu lakukan melibatkan COVID-19 adalah memvaksin dan menguruskannya.

Perintah berkurung dan kuarantin akan berakhir, dan kita mungkin terpaksa hidup dengan virus ini yang mana kita hanya boleh uruskan dengan vaksin tahunan, seperti selesema.

Atau ini mungkin berakhir dengan sesuatu yang lebih ringan, oleh kerana semakin ramai orang dewasa dan populasi yang rentan membina imuniti, kemungkinan Covid-19 akan menjadi "endemik".

Endemik adalah jangkitan yang sentiasa ada, tetapi jarang berkembang menjadi lebih daripada sekadar selesema biasa.

covid 19 mungkin tidak dapat dihapuskan

Walaupun ini mungkin jawapan yang sukar untuk kita telan, namun kita harus menerimanya dengan hati yang terbuka.

Kita akan dapat kembali seperti satu ketika dahulu, namun mungkin kita tak patut lakukan sedemikian.

Membasmi penyakit cacar memerlukan usaha besar, iaitu mengambil masa berabad-abad untuk menghasilkan vaksin yang berkesan, dan kemudian puluhan tahun lagi untuk membina kerangka yang diperlukan untuk kempen global.

Ia merupakan satu peringatan tentang apa yang kita mampu capai sebagai sebuah masyarakat, dan ia juga satu amaran.

COVID-19 bukanlah perkara yang paling dahsyat yang mampu melanda manusia dan pandemik ini menunjukkan bahawa kita masih belum bersedia untuk sesuatu yang lebih besar.

Kerana kegagalan kita bukanlah kerana kita tidak mampu membasmi COVID-19, ia kerana kita membiarkan virus ini berkembang kepada tahap pandemik.

Wallahua'lam.

Rujukan:

1. Nature

2. Washington Post

3. Vox

4. GAVI




Hakcipta iluminasi.com (2017)