Oleh pada 06 Feb 2018 kategori

Sumber foto: Sinar Harian

Presiden Maldives, Abdulla Yameen mengisytiharkan perintah darurat untuk tempoh 15 hari, bermula semalam.

Pemberitahuan yang dilakukan oleh pembantu presiden, Azima Shukoor itu diramal lebih menerukkan krisis politik yang ketika ini mengancam negara yang terletak di Lautan Hindi itu.

Ia turut akan memberi hak kepada pasukan keselamatan bagi memberkas dan menahan mana-mana suspek, serta mengeruhkan ketegangan antara Mahkamah Agung dan pihak kerajaan.

Presiden Abdulla didedahkan tidak mahu mematuhi perintah mahkamah bagi melepaskan tahanan politik, di sebalik tekanan oleh penduduk dunia.

Azima membacakan deklarasi tersebut di stesen televisyen setelah Abdulla memberikan tiga pucuk surat kepada hakim, bermaksud untuk menyuruh mereka memansuhkan keputusan terbabit.

Pengumuman darurat tersebut merupakan yang kedua dibuat oleh Abdulla setelah kali pertama beliau berbuat begitu pada November 2015, setelah mendakwa wujud cubaan bunuh terhadapnya.

Sumber berita: AFPBH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)