Lirik
Lagu: Sampai Bila
Penyanyi: Misha Omar
Komposer: Sharon Paul
Lirik: Fedtri Yahya & Shah Shamshiri
Andai dapat kau dengar ombak hati ini
Dihempas sepi tiada berlagu
Dulu tenang dan dilayari kasihmu
Kini dilanda gelora tak menentu
Sampai bila, harus ku bertanya
Firasat hatimu, yang terus membisu
Segala dendamku
Kini telah menjadi bebanan jiwa
Saat kau mencari pengganti cinta
Dalam rindu yang tak bererti apa lagi
Biarkan aku kini sendiri
Oh pergilah dengan dia yang kau cinta
Dan tak perlu kau di sini mengungkit kesilapan
Padamu aku hanya
Kaca yang tak berharga
Pudar seri kosong kelam tak bermakna
Ku melangkah dengan hati yang kecewa
Moga ada secebis ketabatan mengubati
Info
- Nama sebenarnya, Samihah @Aisah Omar. Dikenali sebagai Misha Omar.
- Mendirikan rumah tangga dengan Firoz Ezzwan Rossly yang juga merupakan seorang juruterbang pada tahun 2014.
- Single Sampai Bila dilancarkan pada Mei 2018 selepas hampir dua tahun beliau berehat daripada dunia hiburan susulan kelahiran anak sulung.
- Menyedari perubahan pada suara selepas melahirkan anak, Misha nekad mendapatkan khidmat penyanyi dan pensyarah vokal popular, Datuk Syafinaz Selamat dalam mendalami aspek teori dan praktikal seni suara.
- Lirik Sampai Bila dikatakan telah memberikan impak besar terhadap hidupnya yang pernah dilanda dugaan getir.
- Single itu terpilih menjadi lagu tema drama fenomena, Jangan Benci Cintaku diterajui Zahirah MacWilson, Saharul Ridzwan dan Niena Baharun.
- Video nyanyian secara 'live' Misha di Meletop mendendangkan Sampai Bila menjadi tular gara-gara menyanyi sambil duduk. Namun beliau menjelaskan enggan membelakangi pengacara program berkenaan, Nabil Ahmad dan Neelofa selain ingin berada dalam kedudukan posisi yang selesa.
- Beliau merupakan pemegang trofi Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) sebanyak tiga kali.
- Selain anugerah vokal terbaik, Misha juga ditempatkan di kedudukan ketiga pada malam AJL ke-33, baru-baru ini.
- Sampai Bila dianggapnya cukup mencabar kerana bait lirik yang menuntut penceritaan kuat daripada segi emosi serta tenaga.
Kredit:
1. Wikipedia