Kredit foto: Instagram @dinienkhai
Lirik
Lagu: Bukan Cinta Aku
Penyanyi: Dinie & Khai
Komposer: L.Y.
Lirik: Baiduri
Andai kau cinta kepadanya
Jagalah dia sepenuh jiwa
Doakan ku juga bahagia
Lebih terbaik waktu bersamamu
Namun jika cintamu kerna
Engkau tertekan keterpaksaaan
Beranikan kembali padaku
Aku pertahankan seluruh nyawaku
Cinta kita anugerah yang terindah
Seribu tahun tak mungkin berubah
Kita telah berjanji Sehidup semati
Sehingga ke syurga
Dia hanya ingin kita berpisah
Namun tak mudah ku lepas menyerah
Percintaan ini pasti
Milikku selama-lamanya
Percintaan ini pasti milikku selamanya
Hadiah Tuhan untuk kita berdua
Cinta kita anugerah yang terindah
Seribu tahun tak mungkin berubah
Kita telah berjanji sehidup semati sehingga ke syurga
Kredit video: Youtube Kelarai Sakti
Biodata Ringkas Dinie & Khai
Dinie
- Nama sebenarnya, Muhammad Dinie Abdul Rashid.
- Berusia 26 tahun.
- Lahir di Pulau Pinang.
- Merupakan Ikon bagi Program Kau Sumber Inspirasi Ku, Persatuan Siswazah Wanita Malaysia .
- Menderita penyakit 'molecular dystrophy' hingga mengakibatkan saraf di bahagian matanya rosak. Keupayaan penglihatannya kini hanya tinggal 20 peratus.
- Pernah muncul dengan single Pemilik Segalanya, hasil ciptaan komposer Adi Six Sense. Karya berkenaan terpilih sebagai runut bunyi (OST) beberapa drama bersiri televisyen.
Khai
- Nama sebenarnya, Khairil Azreen Jasni.
- Berusia 25 tahun.
- Berasal dari Meru, Klang, Selangor.
- Mempunyai penyakit mata Glaucoma.
- Pemegang Anugerah Dekan sewaktu menuntut jurusan Sains Aktuari di Universiti Teknologi Mara (UiTM) meskipun pengajian itu hanya bertahan sekerat jalan kerana kecacatan mata kiri dialaminya.
Kredit foto: Instagram @dinienkhai
Sumber:
1. Utusan