Oleh pada 07 Jan 2019 kategori

            

Lirik

Lagu: Perasaanku

Penyanyi: Fieya Julia

Komposer: Amir Hariz

Lirik: Amir Hariz

           

Jika aku tak lagi engkau merindu

Katakan padaku, sungguh aku merasakannya darimu

Jika aku tiada dalam hatimu

Tak perlu kau buntu

          

Tak usah kau pertahankannya untukku

Lepaskan saja aku

Dan bila ku sedang berduka

Kau hadir bagaikan tiada apa

            

Sungguh aku tak mengerti

Siapa diriku sebenarnya dihatimu

Mengapa ku selalu dibuai dusta dan derita

             

Selalu dibelai bicara manisnya

Ku disakiti selalunya

Oh tuhan mengapakah salahkah ku ingin rasa bahagia

Selalu dicinta sentiasa

              

Ingin kau ada selalunya

Mengapa ku selalu dibuai dusta dan derita

Selalu dibelai bicara manisnya

Ku disakiti selalunya

              

Oh tuhan mengapakah salahkah ku ingin rasa bahagia

Selalu dicinta sentiasa ingin kau ada selalunya

Ingin kau ada

Selalunya

            

lirik lagu perasaanku fieya julia 2

              

Info Fieya Julia

1. Berumur 20 tahun.

2. Berasal dari Kuching, Sarawak.

3. Berketinggian 160 sentimeter dan mempunyai berat badan 50 kilogram.

4. Anak bongsu daripada tiga adik-beradik.

5. Bapanya seorang pesara tentera laut, manakala ibunya pula telah meninggal dunia kerana penyakit barah pada tahun 2004. Kakak sulungnya merupakan orang kurang upaya.

6. Suka mendengar muzik.

7. Warna kegemarannya hitam.

8. Cheese cake dan greentea susu sebagai juadah kegemaran.

9. Bernaung di bawah label Aries Music Sdn Bhd yang turut disertai beberapa penyanyi remaja popular seperti Sufian Suhaimi, Aiman Tino dan Fara Hezel.

10. Sehingga kini, single pertamanya berjudul Perasaanku telahpun ditonton lebih enam juta kali di laman Youtube.

              

Kredit:

1. Harian Metro

2. Facebook Aries Music

3. Youtube Aries Music

4. Instagram Fieya Julia

5. Instagram Fendy Bakry




Hakcipta iluminasi.com (2017)