Kredit foto: Instagram Amyra Rosli

Memang bertuah badan aktres jelita Amyra Rosli memiliki suami, aktor Amar Baharin yang bukan sahaja penyayang, malah pemurah!

Ini dibuktikan dengan pemberian istimewa berupa sebuah kereta sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan Amyra melahirkan putera sulung mereka.

Menerusi laman Instagram, aktres itu tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya.

"Kehadapan Papa... Anda adalah seorang insan yang paling baik yang pernah kami jumpa. Kami sangat bertuah mendapat seseorang seperti anda dalam hidup kami.

"Terima kasih atas hadiah ini dan untuk semua perkara istimewa yang anda lakukan. Kami sayang awak @amarbaharin," tulis Amyra di Instagram.

Bersama ucapan 'sweet' itu, Amyra menyertakan foto tangannya dan bayi menggenggam kunci kereta baru itu.

lepas lahir anak amyra rosli dapat hadiah kereta 2

Kredit foto: Instagram Amyra Rosli

Terdahulu, pelakon drama Cinta Di Langit Cardiff itu melahirkan anak pertamanya di Pusat Perubatan Prince Court pada Ahad.

Sehingga kini peminat masih menantikan pengumuman nama anak pasangan ini yang belum didedahkan kepada umum.

Amar dan Amyra melangsungkan pernikahan pada 11 November 2016 di Hotel Premiera, Kuala Lumpur. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)