Tak perlu diperkenalkan lagi, Lamborghini merupakan antara syarikat pembuat kereta paling hebat di dunia. Terbaru Lamborghini mengeluarkan SUV keduanya yang diberi nama "Urus" telah diperkenalkan secara rasmi di Malaysia.

Pelancaran itu hanya 3 bulan daripada premier antarabangsa model ini. Menurut pengedar Lamborghini di Malaysia iaitu JH Italia, sebanyak 20 unit jualan disasarkan untuk tahun ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

lamborghini urus super suv pertama di dunia 737

Bagi yang teringin memiliki model ini, dianggarkan harga Lamborghini Urus setinggi RM1 juta sebelum cukai.

Menurut paultan.org, model SUV ini dikuasakan dengan enjin V8 4.0 liter berkuasa kuda 641 pada 6,000 rpm dan 850 Nm tork di antara 2,250 rpm dan 4,500 rpm.

Dengan ini, prestasi Urus mampu mencecah kelajuan dari 0 kepada 100 kilometer sejam dalam masa 3.6 saat sahaja.

lamborghini urus super suv pertama di dunia 11 215

Untuk mencapai kelajuan 200 kilometer sejam dari pegun pula mengambil masa 12.8 saat, dan Urus mempunyai kelajuan maksima sepantas 305 kilometer sejam.

Dan untuk memberhentikan Urus pada kelajuan 100 kilometer sejam, jarak yang diperlukan hanyalah 33.7 meter.

lamborghini urus super suv pertama di dunia 3

lamborghini urus super suv pertama di dunia 4

lamborghini urus super suv pertama di dunia 5

Dengan pelancaran model ini, ia menandakan kedatangan Super SUV pertama di dunia selepas penghasilan konsepnya pada tahun 2012. Enjin turbo yang dipasangkan pada Urus berlainan daripada model-model lain seperti Bentley Continental V8 dan Flying Spur V8.

Keputusan untuk menggunakan enjin turbo ditentukan oleh kepelbagaian penggunaan SUV yang memerlukan prestasi tork terutamanya ketika RPM rendah, seperti dalam situasi off-road.

Lamborghini Urus dikendalikan dengan kota gear automatik dengan 8 kelajuan yang menggunakan klac terkunci dan penukar tork yang dihasilkan khas untuk model ini.

lamborghini urus super suv pertama di dunia 6

lamborghini urus super suv pertama di dunia 7

Gandar belakang pula mempunyai perbezaan dengan vektor tork yang aktif yang mengarahkan pemacu ke setiap roda memberikan daya tarikan yang omptimum bergantung kepada mod pemanduan yang dipilih dan keadaaan jalan yang digunakan. Urus juga mempunyai stereng gandar belakang yang beroperasi dalam semua julat kelajuan Urus.

Model ini juga dilengkapi dengan mod pemanduan daripada sistem ANIMA (Pengurusan Risiko Rangkaian Adaptif), mod Strada iaitu mod jalan raya, Sport dan Corsa iaitu mod lumba. Terdapat juga pilihan pakej off-road seperti Terra untuk jalan lecak dan Sabbia untuk jalan berpasir.

lamborghini urus super suv pertama di dunia 12

lamborghini urus super suv pertama di dunia 17

Mod-mod pemanduan ini juga berfungsi bersama-sama sistem penyesuaian suspensi udara dan SUV ini akan secara automatik merendahkan ketinggian mengikut yang diperlukan oleh jalan yang digunakan dan keadaan pemanduan.

Dari segi kelengkapan dalaman pula, SUV ini dilengkapi dengan sokongan peranti mudah alih termasuklah pengecaj peranti tanpa wayar dan kawalan suara, Bluetooth, Apple CarPlay, sambungan USB dan sambungan Android Auto. 

lamborghini urus super suv pertama di dunia 8

lamborghini urus super suv pertama di dunia 9

Ciri-ciri tambahan yang boleh dipasangkan adalah seperti televisyen, pembaca kad CI dan DAB, paparan skrin dan paparan antara muka telefon pintar Lamborghini.

Kelengkapan audio dalam SUV ini terdiri daripada 8 buah pembesar suara dan sistem 4 saluran sebagai kelengkapan standard. SUV ini juga boleh dipasangkan 21 buah pembesar suara, sistem Bang & Ofulsen 1,700 watt dengan bunyi 3D.

lamborghini urus super suv pertama di dunia 18

Bagi Malaysia, unit Lamborghini Urus yang pertama akan sampai dijangka antara bulan Jun dan Julai tahun ini. Unit yang bakal di jual di Malaysia sama seperti antarabangsa di mana unit boleh dispesifikasikan kepada full range.




Hakcipta iluminasi.com (2017)