Oleh pada 23 Dec 2017 kategori

Ada apa dengan nama samaran?

Kelab-kelab di Liga Perdana Inggeris sentiasa dipanggil dengan nama samaran mereka sepanjang masa, tetapi dari mana asalnya nama-nama ini?

1. AFC Bournemouth (The Cherries)

bournemouth the cherries

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pada asalnya ditubuhkan dengan nama Boscombe St. John's Institute pada tahun 1890, Bournemouth di kenali sebagai The Cherries sejak mereka berpindah ke Dean Court iaitu lokasi 'home' mereka pada 1910.

Berdasarkan kelab ini sendiri, terdapat dua kisah yang berlainan mengenainya. Salah satunya adalah disebabkan warna merah ceri pada jersi berbelang yang digunakan ketika itu. Satu lagi ialah berdasarkan fakta bahawa Dean Court, yang kini dikenali sebagai Stadium Vitality dibina di atas tanah yang ditinggalkan bersebelahan dengan ladang Cooper-Dean yang memiliki sejumlah kebun ceri. 

2. Arsenal (The Gunners)

the gunners

Nama samaran Gunners pasukan Arsenal berasal dari sebahagian sejarah yang turut memberi nama sebenar pasukan tersebut. Ditubuhkan pada lewat abad ke-19 oleh pekerja Royal Arsenal, dimana senjata untuk tentera British dibuat dan disimpan, mereka dahulunya dikenali sebagai Woolwich Arsenal.

Tetapi setelah mereka berpindah dari Woolwich ke lokasi terkini di utara London, nama 'Woolwich' turut digugurkan. Tetapi nama Arsenal kekal, yang merujuk kepada senjata ataupun senjata api.

3. Brighton & Hove Albion (The Seagulls) 

seagulls brighton hove albion

Lokasi Brighton yang berhampiran dengan pantai adalah sebab mereka dikaitkan dengan nama 'seagulls'(burung camar). Tetapi nama samaran ini belum digunakan sehinggalah tahun 1970, kononnya disebabkan oleh pertembungan sorakan antara penyokong mereka dengan penyokong pasukan Crystal Palace.

Laungan 'Eagles' oleh penyokong Palace dikatakan telah ditentang dengan sorakan 'Seagulls' dan segalanya bermula dari situ. Brighton kemudian menggunakan logo baru pasukan yang menampilkan imej burung camar pada tahun 1977, dengan 2001/02 menjadi satu-satunya musim dimana logo kelab tidak menampilkan imej tersebut.

4. Burnley (The Clarets) 

burnley clarets

Burnley mendapat nama samaran mereka tang terkenal dari warna jersi mereka, yang telah dipakai lebih dari 100 tahun selepas pertama kali menggunakan warna 'claret' dan 'sky blue' pada tahun 1910.

Burnley dikatakan memilih warna tersebut untuk meniru Aston Villa, kelab yang paling berjaya di England pada lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20. Villa telah memenangi liga sebanyak lima kali dalam tujuh musim di antara tahun 1893 hingga 1900, dan selepas itu pada tahun 1910 Burnley mengambil keputusan untuk menggunakan warna keramat tersebut.

5. Chelsea (The Pensioners)

hazard the pensioners

Chelsea kini lebih dikenali sebagai 'The Blues', tetapi nama samaran asal mereka adalah 'The Pensioners' yang bermaksud pesara. Imej 'Chelsea Pensioner' menghiasi logo pertama kelab pada tahun 1905 sebagai penghormatan kepada Hospital Chelsea dimana tentera veteran ditempatkan.

Sehinggalah pada sekitar 1950-an, imej pesara ini tidak lagi digunakan dan digantikan dengan singa, yang turut menjadi gelaran untuk Chelsea. Singa ini dipercayai dipengaruhi oleh jajaran senjata milik Metropolitan Borough of Chelsea, yang tidak lagi wujud sejak 1965.

6. Crystal Palace (The Eagles) 

crystal palace

Dari 1905 hingga 1973, nama samaran Crystal Palace adalah 'The Glaziers' disebabkan oleh hubung kait yang rapat dengan bangunan pameran Victorian Crystal Palace yang turut digunakan sebagai nama baru oleh satu kawasan di selatan London dan juga lokasi di mana kelab ini ditubuhkan.

Sejak awal 1970-an dan sehingga kini, kelab ini dikenali sebagai 'The Eagles' apabila logo mereka ditukar dan pasukan ini mula bermain dengan jersi berbelang merah dan biru seperti yang dapat dilihat pada hari ini.

7. Everton (The Toffees)

everton the toffees

Satu teori disebalik nama samaran Everton yang unik iaitu 'Toffees' dikatakan berasal dari satu kedai 'toffee'(sejenis biskut coklat) yang telah wujud selama 100 tahun di kawasan tersebut. Ia dipanggil 'Ye Ancient Everton Toffee House' dan diuruskan oleh Old Ma Bushell, 'Toffee Lady' yang asal dan pencipta Everton Toffee.

Kedai tersebut terletak berdekatan menara Prince Rupert, yang menjadi ciri utama pada logo kelab dan memainkan peranan penting dalam sejarah Everton, walaupun sebenarnya Everton FC tidak pernah bermain di daerah Everton dalam bandar Liverpool.

8. Huddersfield Town (The Terriers)

terry dan tilly

Nama samaran pasukan Huddersfield Town berasal dari penyokong mereka dimana mereka memilihnya melalui undian. Imej Terrier(sejenis anjing) dimasukkan pada logo kelab ketika pasukan ini kembali ke divisyen teratas liga pada tahun 1970.

Sepasang terrier, bernama Terry dan Tilly, bertindak sebagai maskot untuk menghiburkan penyokong kanak-kanak pada hari perlawanan.

9. Leicester City (The Foxes)

leicester the foxes

Leicester City asalnya ditubuhkan dengan nama Leicester Fosse oleh bekas pelajar di sebuah sekolah tempatan - Fosse Way yang diambil namanya dari sebuah jalan Rom lama yang merentasi bandar tersebut pada tahun 1884. Tetapi nama samaran 'The Foxes' yang digunakan adalah dari sumber yang berbeza sama sekali.

Daerah Leicestershire dipercayai sebagai tempat kelahiran kepada musang/rubah pemburu pada pertengahan abad ke-18 dan haiwan ini adalah simbol kemegahan di kawasan tersebut. Nama samaran ini digunakan oleh kelab tersebut pada lewat 1940-an apabila imej musang/rubah dapat dilihat pada jersi pasukan buat kali pertama.

10. Liverpool (The Reds)

liverpool the reds

Dikenali sebagai 'The Reds', nama samaran pasukan Liverpool yang terkenal ini jelas berpunca dari warna pasukan mereka iaitu merah. Tetapi sebenarnya mereka menggunakan warna merah hanya selepas beberapa tahun pasukan ditubuhkan, dengan warna biru dan putih adalah warna asal yang digunakan. Dan hanya pada sekitar 1960-an, barulah mereka menggunakan jersi berwarna merah sepenuhnya, termasuk seluar pendek dan sarung kaki.

Menurut pengurus lagenda Bill Shankly, warna merah adalah lebih menggerunkan buat pasukan lawan. Sebelum tahun 1964, jersi merah pasukan Liverpool dipadankan dengan seluar pendek berwarna putih.

11. Manchester City (The Citizens)

manchester citizens

Manchester City biasanya dikenali sebagai 'The Citizens' pada hari ini, nama samaran yang sesuai dengan nama sebenar pasukan. 'Sky Blues' adalah satu lagi nama samaran yang biasa digunakan, juga dapat dilihat dengan jelas mengapa ia digunakan.

Manchester City dipercayai memakai warna biru langit sepanjang sejarah mereka, dan rekod menyatakan mereka menggunakan warna ini sejak 1890-an. Kelab ini pada asalnya dikenali sebagai St Mark dari Gorton, dan kemudian Ardwick AFC.

Tiada jawapan yang kukuh mengapa warna biru langit telah dipilih, tetapi satu teori mengatakan ia mungkin berkaitan dengan Freemason ketika awal penubuhannya.

12. Manchester United (The Red Devils)

manchester united

Ketika kelab ini masih dikenali sebagai Newton Heath, nama samaran asal pasukan Manchester United adalah 'The Heathens', kedua-duanya  merujuk kepada sebahagian dari bandar yang dianggap sebagai rumah mereka dan lagenda mengatakan mereka adalah pasukan Inggeris pertama yang bermain dalam perlawanan yang dilangsungkan pada hari Ahad

Selepas nama pasukan ditukar, dan bertukar dari warna hijau dan emas kepada warna merah, pasukan ini mula dikenali sebagai 'The Reds'. Kemudian mereka dikenali pula sebagai 'The Red Devils', berpunca dari pasukan ragbi dari Salford yang digelar 'Les Diables Rouges' oleh media Perancis pada 1930-an, dengan Matt Busby mengambil alih pasukan pada 1960-an. Mereka kemudian turut menyiarkan program-program perlawanan dan juga menjual cenderahati.

13. Newcastle United (The Magpies)

the magpies newcastle 589

Nama samaran Magpies yang terkenal bagi pasukan Newcastle merujuk kepada warna rasmi pasukan hitam dan putih, dan juga kisah bagaimana mereka boleh menggunakan jersi dengan warna klasik ini adalah berdasarkan sejarah asal kelab ini.

Newcastle United tertubuh apabila Newcastle East End, pasukan yang lebih berjaya antara dua kelab di bandar tersebut ketika itu, bergabung dengan kelab jiran yang terumbang-ambing, Newcastle West End pada 1892 dan mengambil alih St James Park dari lawan mereka itu.

Pasukan yang baru, setelah 'bersatu'(united), terus bermain menggunakan warna East End, jersi merah dan seluar pendek putih untuk satu tempoh singkat, kemudian bertukar kepada warna hitam putih yang ikonik apabila keputusan dibuat pada 1894 untuk tidak menggunakan mana-mana warna asal bagi kedua-dua pasukan.

14. Southampton (The Saints)

southampton the saints

'The Saints' adalah salah satu nama samaran yang terkenal dalam bola sepak Inggeris dan diberikan kepada Southampton kerana lokasi asal mereka adalah di sebuah gereja tempatan - St Mary, pada tahun 1885.

Ditubuhkan oleh ahli-ahli Young Men's Association dari gereja tersebut, mereka menggunakan nama St Mary's YMA, St Mary's FC dan Southampton St Mary dengan beberapa struktur pasukan yang berbeza pada abad ke-19, tetapi sentiasa mengekalkan elemen 'Saints'.

Akhirnya nama kelab ditukarkan sepenuhnya menjadi Southampton FC pada 1897 dan sejarah kembali diimbau dengan pembinaan stadium St Mary yang baru dan dibuka pada 2001.

15. Stoke City (The Potters)

stoke city the potters

Nama samaran pasukan Stoke City iaitu 'Potters' merujuk kepada industri pembuatan tembikar di bandar itu dan juga kawasan yang berhampiran, yang menjadi pusat pembuatan tembikar di awal abad ke-17 dan seterusnya.

Kelab bola sepak ini ditubuhkan  pada 1863 dan merupakan salah satu kelab paling lama wujud di dunia, dengan 'The Potters' adalah pilihan paling sesuai untuk dijadikan nama samaran kelab tersebut. Sama seperti kelab Liga Perdana yang lain, ia membawa makna yang mendalam di sebalik nama tersebut.

16. Swansea City (The Jacks)

swansea the jacks

Swansea disebut dengan singkatan Swans adalah sesuatu yang jelas jika nama samaran kelab Wales ini diambil kira, dengan Cryil the Swan menjadi salah satu maskot yang paling terkenal dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini. Tetapi Swansea turut memiliki nama samaran yang lain.

Terdapat dua teori yang dipercayai menjadi sebab kepada pemilihan nama samaran 'The Jacks'. Pertama, ia adalah penghargaan untuk seorang nelayan tempatan, yang bernama Jack Tars, dan yang kedua berasal dari seekor anjing yang dipanggil 'Swansea Jack' yang telah menyelamatkan 27 orang daripada lemas sepanjang beberapa tahun sekitar 1930-an.

17. Tottenham Hotspur (Spurs)

tottenham hotspur

Spurs jelas adalah singkatan dari nama penuh Tottenham Hotspur. Tetapi sebab utama di sebalik penggunaan 'Hotspur' ketika banyak kelab lain yang memilih nama-nama seperti 'United', 'City', 'Rovers', atau 'Athletic' boleh dirujuk semula ke beberapa ratus tahun sebelum itu di abad ke-14.

Ketika itu, wujud seorang kesatria bernama Sir Henry Percy yang diberi nama samaran kerana kelajuan, semangat dan keberaniannya. Keluarganya dikatakan turut menjadi pemilik tanah sekitar Tottenham, sementara kisah beliau sendiri telah diabadikan oleh William Shakespeare dalam Henry IV Part 1.

Apabila kelab bola sepak ditubuhkan di Tottenham pada 1882, hanya seorang lelaki sahaja yang diberi penghargaan. Dan sehingga 1884 pasukan ini menggunakan nama 'Hotspur FC'.

18. Watford (The Hornets)

watford

Warna rasmi pasukan Watford iaitu kuning dan hitam adalah sebab mereka digelar 'The Hornets', tetapi sebelum 1959, mereka belum lagi menggunakan jersi tersebut. Sebelum itu, mereka memakai jersi dengan pelbagai warna - biru, hitam dan putih, merah, hijau dan kuning.

Logo kelab kemudian turut menampilkan imej hornet(sejenis lebah), walaupun ia dengan segera ditukar kepada imej 'hart', ataupun 'stag'(rusa yang bertanduk seperti dahan pokok) pada 1978. Ia merujuk kepada lokasi tuan rumah kelab tersebut di Hertfordshire, yang dikatakan mendapat nama dari haiwan tersebut.

19. West Bromwich Albion (The Baggies)

west bromwich albion fc wba baggies

Nama samaran asal West Brom, 'Throstles' dan inspirasi kepada logo kelab, bermula dengan perpindahan ke kawasan The Hawthorns pada 1900, dimana banyak burung jenis thrushes sering dilihat di kawasan semak yang menjadi sebab kepada pemilihan nama kepada seluruh kawasan tersebut.

Tentang bagaimana 'The Baggies', nama samaran tidak rasmi pasukan yang masih tidak diterima oleh pasukan telah dipilih masih belum jelas.

Satu teori yang terkenal mengatakan ia mungkin disebabkan seluar keselamatan yang dipakai oleh seorang penyokong yang datang ke perlawanan selepas bekerja di kilang, dan ada juga yang mengatakan ia berasal dari bag yang digunakan oleh para penyokong bagi mengumpul dana untuk menyelamatkan kelab ini pada 1905.

20. West Ham United (The Irons)

the hammers

Pasukan West Ham biasanya digelar 'The Hammers' pada hari ini, namun nama samaran tradisi mereka adalah 'The Irons' dan telah digunakan sejak awal kewujudan pasukan pada 1895 apabila pasukan bola sepak telah dibentuk untuk pekerja-pekerja Thames Ironwork berhampiran sungai di London timur.

Thames Ironwork FC merupakan nama asal pasukan ini sehingga 1900. Apabila bendera Union Jack bersama nama pasukan ditampilkan pada baju Thames Ironwork, logo asal kelab menampilkan sepasang tukul, yang digunakan untuk pembuatan kapal - yang menjadi sebab 'The Hammers' dipilih sebagai nama samaran mereka.

Rujukan: www.90min.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)