ozil depan kaabah

Anda antara jutaan peminat bola sepak liga perdana Inggeris di Malaysia? Liga Perdana Inggeris atau lebih dikenali sebagai EPL merupakan antara liga bola sepak yang paling mendapat sambutan di Malaysia.

Sokongan padu rakyat Malaysia ada kalanya sama malahan lebih fanatik berbanding mereka yang berasal dari England sendiri, bila kena pada masanya. Tahukah anda, kelab mana dalam EPL yang mempunyai barisan pemain Muslim paling power?

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Arsenal FC

shkrodran mustafi pakai tshirst muslim

Arsenal berada di antara kalangan kelab EPL yang mempunyai pemain Muslim paling power. Dengan pemain tengah Jerman Mesut Ozil, pertahanan hebat Jerman Shkodran Mustafi, pemain superstar Mesir, Mohamed Elneny, perancang tengah Switzerland, Granit Xhaka dan pemain bek kiri yang bergelar pemain pertahanan terbaik Liga Jerman 2016 dari Bosnia, Sead Kolasinac, jika wujud liga futsal antara  pemain Muslim EPL, Arsenal akan menang.

2. Stoke City

shaqiri berdoa

Walaupun pemain Muslim Arsenal kelihatan kuat di atas kertas, pemain Muslim Stoke City tidak kurang hebatnya. Disokong oleh pemain pinjaman pasukan Chelsea, iaitu Kurt Zouma, dengan penyerang sayap Belanda, Ibrahim Afellay dan Xerdan Shaqiri dari Switzerland, serta bakat muda paling menyerlah Mesir, Ramadhan Sobhi serta penyerang sasa Mame Biram Diouf, Stoke City mungkin memberikan saingan kuat pada Arsenal.

3. Liverpool FC

muhamad salah depan kaabah

Kemasukan Mohamad Salah dari Mesir ke Liverpool menambahkan bilangan pemain Muslim di Liverpool kepada 3 orang. Dibantu oleh penyerang hebat Sadio Mane yang berasal dari Senegal serta pemain tengah Jerman, Emre Can, pemain Muslim Liverpool tidak kurang hebatnya namun belum cukup untuk membuat satu pasukan futsal penuh.

4. Manchester United

pogba sambut hari raya

Walaupun hanya mempunyai 2 orang saja pemain beragama Islam dalam kesebelasan utama mereka, kedua-dua pemain ini iaitu Paul Pogba yang berasal daripada Perancis dan Marouane Fellaini dari Belgium merupakan tulang belakang pasukan Manchester United yang digilai ramai ketika ini, apatah lagi selepas Man Utd nampak semakin berjaya keluar daripada zaman gelap mereka yang berlaku dalam beberapa musim lepas.

5. Chelsea FC

ngolo kante menunaikan haji

Chelsea FC mempunyai 3 orang pemain beragama Islam dalam pasukan mereka. Pemenang anugerah pemain terbaik tahun 2016, N'Golo Kante dan Tiemoue Bakoyoko dari Perancis serta Antonio Rudiger, pemain pertahanan Jerman yang kini menjadi antara nama pertama dalam senarai pemain paling penting.

Ada juga ura-ura diberitahu yang pemain paling bernilai Chelsea, Eden Hazard yang datang dari Belgium juga adalah seorang Muslim namun belum ada pengesahan tentang khabar ini sehingga sekarang. Hazard pernah terbabit dengan kontroversi apabila dia menyokong petisyen membantah Israel sebagai tuan rumah Euro bawah 21 pada tahun 2012.

6. Lain-lain

riyad mahrez sayang anak

Selain itu, beberapa pemain Muslim lain yang berjaya menjadi watak penting pasukan EPL adalah Riyad Mahrez penyerang sayap lincah Algeria, pemain tengah Jerman, Ilkay Gundogan dan Ivory Coast, Yaya Toure dari pasukan Manchester City serta Younes Kaboul yang kerap melakukan hijrah antara kelab-kelab EPL yang memerlukan khidmat beliau.


Setakat ini, seramai 53 pemain Muslim berdaftar dengan kelab bolasepak EPL dan kebanyakan pemain pula datang daripada negara-negara Eropah, seperti Jerman, Perancis, Belgium, Belanda dan Switzerland.

Melihat senarai pemain Muslim yang ada, jelaslah jika diadakan liga futsal Muslim, pasti pasukan Arsenal akan menjadi juara liga berkenaan dan jika itu adalah satu-satunya kejuaraan yang boleh dimenangi pasukan Arsenal, lebih baik pengurus Arsenal, Arsene Wenger anjurkan liga itu sebelum musim ini berakhir.




Hakcipta iluminasi.com (2017)