Negara kita pernah dikejutkan oleh kisah Hassan Al Kontar, warga Syria yang terpaksa menetap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur daripada 7 Mac sehinggalah 1 Oktober 2018.

Hassan pernah tersangkut di beberapa negara disebabkan oleh ketiadaan dokumen perjalanan sah, ekoran bermulanya perang di Syria pada 2011 yang akhirnya membawa dia ke Malaysia. Dia terpaksa tinggal di KLIA selepas kemasukannya dinafikan dan tiada negara mahu menerimanya, sebelum kerajaan Kanada memberikan beliau kerakyatan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kisah terbaru yang berlaku di Lapangan Terbang Chicago, Amerika Syarikat pula agak berbeza jalan ceritanya. Seorang lelaki bernama Aditya Singh memilih untuk hidup di di situ, disebabkan oleh rasa bimbangnya terhadap serangan Covid.

Kami tidak tahu kenapa dia rasa lapangan terbang lebih selamat.

Hidup secara sembunyi-sembunyi dalam terminal

chicago airport aditya singh

Apa yang berlaku kepada pemuda berusia 33 tahun ini baru saja dilaporkan media pada 16 Januari 2021, selepas Aditya berjaya ditangkap pada awal pagi hari tersebut.

Siasatan terhadap beliau menemui satu maklumat yang mengejutkan semua pihak - dia rupa-rupanya sudah menginap di situ selama lebih 3 bulan, bermula pada tanggal 19 Oktober 2020.

Aditya tiba di Chicago dalam satu penerbangan dari situ dari California, lokasi di mana dia menetap.

Ekoran laporan yang diterimanya berkaitan ancaman Covid-19, Aditya memilih untuk terus tinggal dalam lapangan terbang tersebut kerana merasakan lokasi itu selamat baginya.

Apatah lagi untuk beberapa bulan kebelakangan ini, jumlah penumpang yang ada jauh lebih rendah berbanding biasa.

Bagaimana dia bertahan dalam lapangan terbang?

lapangan terbang chicago aditya singh

Seorang pemegang kelulusan peringkat sarjana dalam bidang hospitaliti, Aditya hidup di situ dengan mencuri secara kecil-kecilan selain berjaya mendapatkan bantuan daripada penumpang-penumpang yang hadir.

Dia mengaku pernah beberapa kali menerima makanan hasil sedekah orang ramai bagi mengalas perut.

Pergerakan beliau dalam lapangan terbang pula dipermudahkan, selepas Aditya menemui salah satu kad akses milik pengurus operasi lapangan terbang yang dilaporkan hilang sejak 26 Oktober.

Dengan menggunakan kad tersebut, Aditya dilaporkan menyamar sebagai petugas, melindungi identitinya yang sebenar serta berjaya keluar masuk ke dalam beberapa kawasan larangan - tanpa dikesan mana-mana pihak.

Itu sesuatu yang sangat menghairankan pihak mahkamah.

Akhirnya terkantoi

wajah aditya singh merempat di lapangan terbang

Pada awal pagi 16 Januari 2021, dua orang pegawai United Airlines yang bertugas mengesyaki ada sesuatu yang aneh tentang seorang lelaki yang mundar-mandir.

Aditya diminta menunjukkan dokumen pengenalan diri, menayangkan kad pekerja pengurus yang hilang sejak Oktober menyebabkan dua pegawai tersebut terus menghubungi pihak berkuasa.

Siasatan ke atas beliau tidak menemui sebarang rekod jenayah lampau, sedang menganggur serta tiada motif jelas kenapa dia memilih lapangan terbang Chicago.

Apa yang sangat membimbangkan pihak mahkamah dalam perbicaraan kes Aditya, bukanlah kelakuan aneh beliau tetapi kenapa pihak keselamatan lapangan terbang boleh terlepas pandang apa yang berlaku - sehinggakan dia dapat hidup di situ untuk satu tempoh yang sangat panjang.

Atas kesalahannya menjadikan lapangan terbang sebagai rumah selama 3 bulan, memecah masuk ke kawasan larangan, menyamar dan mencuri di bawah nilai $500, Aditya kini sedang menjalani perbicaraan dan dibebaskan dengan ikat jamin $1,000.

Dia tidak lagi dibenarkan masuk ke lapangan terbang tersebut. Kami harap dia tidak cuba-cuba hadir ke Malaysia pula.

Rujukan

Man lived inside O’Hare for 3 months before detection, prosecutors say




Hakcipta iluminasi.com (2017)