Semestinya anda mengenali aktor kacak yang pernah popular dalam filem komedi The Mask. Ada saja gelagat Carrey yang membuat kita tak kering gusi. Antara yang terkesan di hati peminat ialah mimik muka beliau yang pelbagai. James Eugene Carrey dilahirkan pada 17 Januari 1962 di Ontario, Kanada. Seawal umur 15 tahun, Carrey sudah mula membuat stand-up comedy di sekitar Toronto. Pada 1978, Carrey mula bekerja sebagai cleaner di sebuah kilang bagi menyara keluarganya, Setahun selepas itu, beliau berhenti daripada kilang setelah dapat tawaran untuk membuat persembahan pembukaan untuk rancangan komedi popular di Amerika, Buddy Hackett and Rodney Dangerfield.
BESARKAN TEKS A- A+
Carrey mula menempa nama di Hollywood apabila dipanggil untuk membintangi telemovie 'Introducing......Janet'. Beliau juga telah muncul dalam program televisyen The Duck Factory and Jim Carrey’s Unnatural Act (1991) sehinggakan diberi tanggungjawab membawa watak utama dalam rancangan komedi yang hit di Amerika ketika itu, In Living Color. Ianya menjadi titik tolak kepada karier Carrey sehingga pada 1994, beliau dipanggil untuk membawa watak komedi dalam filem Ace Ventura: Pet Detective. Daripada situ, bakat besar yang ada dalam diri Carrey telah menarik minat pengarah dan penerbit di Hollywood. Mimik muka, meniru gaya dan physical brand yang ada pada Carrey membawa tuah apabila dia diundang untuk membintangi beberapa lagi filem komedi seperti The Mask (1994), Dumb andDumber (1994), Ace Ventura: When Nature Calls (1995), Batman Forever (1995), The Cable Guy (1996) dan Liar Liar (1997).
Namun di sebalik kejayaan beliau, ada cerita disebaliknya. Permulaan kisah beliau agak suram. Pada zaman awal persekolahan, Carrey menyifatkan dirinya sebagai seorang yang agak pendiam dan tiada kawan. Kemudian, beliau menyedari bahawa dia boleh mencari kawan dengan membuat orang ketawa. Dari situlah muncul pelbagai jenaka yang beliau reka. Akan tetapi tidak semuanya positif apabila guru kelasnya telah menulis di dalam kad laporan Carrey, " Jim akan siapkan kerjanya dahulu, kemudian mula mengganggu semua rakannya di kelas". Di rumah pula, beliau sangat terhibur dengan dirinya sendiri kerana suka membuat mimik muka di depan cermin.
Carrey mempunyai cita-cita yang tinggi dalam bidang komedi. Pada usia sepuluh tahun, beliau pernah menghantar resume kepada pelakon/komedian Carol Burnette, dengan harapan bakatnya digilap. Tetapi ianya tidak semudah yang disangka kerana usahanya itu hanya sia-sia. Beliau terpaksa bertarung dengan penyakit Dyslexia yang dialami untuk bersaing dengan pelajar normal yang lain. Carrey mempunyai kesukaran untuk membaca dan mengenalpasti setiap huruf dan memerlukan dia berusaha lebih dari orang normal bagi mengelakkan ketinggalan dalam pelajaran
Bapa Carrey antara insan yang tidak pernah menghalang cita-cita beliau malah mendorong dan selalu memberi idea tentang jenaka kepadanya. Kadangkala, bapanya turut sekali melayan karenah gila-gila Carrey sehinggakan ibunya berang lalu mengurung Carrey didalam bilik. Ia tidak menjadi masalah buat beliau kerana masih ada cermin untuk dia berhibur.
Salah satu halangan yang dihadapi ialah wang. Mereka tinggal dikawasan perumahan kos rendah. Walaupun masih bersekolah di siang hari, Carrey memaksa dirinya untuk bekerja dikilang selama 8jam pada waktu malam. Beliau putus asa kerana tidak memahami apa yang diajar disekolah. Beliau juga tidak ramai kawan kerana takut mereka yang mengenalinya akan tahu tentang kehidupannya yang serba kekurangan. Kerana menyedari sekolah tidak membawa dia kemana-mana, Carry memutuskan untuk berhenti dari persekolahan pada umur 16.
Bapanya beranggapan, persekitaran mereka telah memberi kesan kepada pembesaran anak-anaknya lalu berpindah ke Kanada walaupun tanpa apa-apa pekerjaan menanti. Mereka tinggal dalam sebuah Volkswagen camper yang di parking di sebuah tapak perkhemahan selama lapan bulan.
Dapatkah anda bayangkan seorang remaja yang tidak menikmati masa mudanya, tidak berpendidikan, dan malu atas kemiskinan hidup yang dihadapi. Namun, perasaan rendah diri yang ada pada Carrey membuatkan dia sedar dan perlu berusaha lebih keras dari orang lain. Pemangkin kepada bakat luar biasa dalam diri beliau lahir dari desakan hidup yang memaksa dia mengambil risiko melakukannya.
Jim berkata dia sangat mempercayai dengan keajaiban. Pada masa lapangnya di Hollywood, dia akan memandu ke Muholland Drive, sambil menikmati permandangan bandar, beliau akan berkata "Semua orang nak bekerja dengan saya. Saya adalah seorang pelakon yang baik. Saya dapat semua jenis tawaran filem yang hebat". Ternyata segala usaha dan tenaga Carrey berbaloi, selepas filem lakonannya Ace Ventura :Pet Detective, The Mask, dan Dumb & Dumber telah box office. Penerbit di Hollywood pula berani meletakkan bayaran sekurang-kurangnya 20 juta usd untuk satu filem. Tertanya ia sesuatu yang luar biasa dan boleh dibanggakan. Ketika ayahnya meninggal dunia, Carrey telah menulis sekeping cek bernilai 10 juta usd lalu meletakkannya di dalam keranda sebagai tanda penghormatan kerana bapa Carrey satu-satunya insan yang selalu menyokong dan memberi semangat kepada Carrey untuk menjadi seorang bintang komedi.
Jadi bagaimana pula dengan kita? Jika kita seorang yang lemah dalam akademik, jangan berputus asa kerana rezeki itu boleh datang dalam pelbagai bentuk. Yang penting usaha dan optimis dalam setiap apa yang dilakukan. Diharap perkongsian kali ini akan memberi inspirasi buat semua pembaca.
sumber:
Jim Carrey Success Story – From Struggling Dyslexic to Comedy Movie Mogul
https://successgroove.com/success-stories/jim-carrey-success-story-from-struggling-dyslexic-to-comedy-movie-mogul.html