Rakyat Malaysia mungkin sudah biasa dengan hidangan masakan kaki ayam. Ada pelbagai jenis masakan yang berasaskan kaki ayam ini seperti sup kaki ayam, kaki ayam masak sambal, kaki ayam masak kicap dan juga yang selalu diminati kerabu kaki ayam.

Ada juga sesetengah orang tidak gemar kaki ayam kerana meragui tahap kebersihannya. Namun tahukah anda bahawa kaki ayam ini merupakan salah satu sumber makanan yang banyak manfaatnya kepada tubuh manusia? Berikut adalah di antara manfaat memakan kaki ayam.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Membuang sel kulit mati

kaki ayam kulit wajah flawless

Sebuah kajian yang dijalankan oleh Fakulti Sains Haiwan di Universiti Chung Hsing di Taiwan mendapati bahawa kaki ayam memiliki kandungan kolagen yang tinggi. Kolegan mampu memberi kelembapan pada kulit dan juga dapat menggantikan sel-sel mati dengan cepat. Ini menjadikan kulit kelihatan segar dan anjal.

Kolagen pada kaki ayam ini juga membantu metabolisma badan membakar lemak dengan lebih pantas. Ia sangat sesuai jika anda inginkan badan yang cantik dan kelihatan awet muda.

Mengurangi risiko tulang rapuh

kaki ayam tulang rapuh

Masalah tulang rapuh biasanya dialami oleh orang yang sudah berusia. Penyebab utama masalah ini kerana kekurangan pengambilan kalsium dan juga faktor usia menyebabkan tulang tidak mampu menyerap kalsium dengan baik. Akan tetapi memakan kaki ayam boleh mengurangkan risiko tulang rapuh kerana ianya kaya dengan kalsium, protein, dan kolegan dan mudah diserap tubuh kita.

Menyembuhkan kecederaan

kaki ayam osteoporosis

Kandungan protein dan kalsium yang tinggi pada kaki ayam sangat berguna untuk menyembuhkan luka terutamanya saraf, otot dan tulang. Jika anda mengalami kecederaan tulang terutamanya tulang belakang maka kaki ayam adalah salah satu alternetif makanan yang terbaik untuk penyembuhan.

Memperlancarkan saluran pencernaan

kaki ayam organ pencernaan

Kaki ayam juga mempunyai kandungan kondroitin dan glucasamine yang merupakan bahan yang sangat baik untuk sistem saluran pencernaan tubuh manusia. Ianya boleh membuatkan usus menjadi lembut dan lebih sihat. Lebih lagi jika kaki ayam dimasak sup kerana kesemua nutrisinya menjadi larut dan mudah diserap tubuh.

Mencantikkan kuku

kaki ayam kuku

Kaki ayam yang dimasak biasanya mengeluarkan cairan atau gel khas. Gel ini mengandungi gelatin, asid amino, glasin, kolagen, prolin dan hidroksipolin. Kandungan gelatin ini membantu tubuh dalam mengelola penyerapan kalsium oleh kuku.

Menyihatkan gusi

kaki ayam gusi

Gusi adalang penyokong gigi. Gusi yang bermasalah akan memberi kesan terhadap mulut dan gigi. Antara penyebab gusi bermasalah kerana kurang nutrisi dan vitamin tertentu di dalam tubuh. Namun khasiat yang terkandung di dalam kaki ayam seperti asid amino, gelatin dan gel mampu membuat gusi lebih sihat.

Meningkatkan sistem imunisasi tubuh

kaki ayam sistem imun

Kaki ayam juga mengandungi nutrisi seperti zink, tembaga, magnesium, kalsium dan phosphorus yang boleh meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan kita. Jadi adalah lebih baik untuk memakan sup kaki ayam ketika kita kurang sihat atau demam agak sistem pertahanan badan dapat ditingkatkan dengan cepat.

Menyeimbangkan hormon pada tubuh

kaki ayam hormon

Kaki ayam juga menghasilkan asam amino. Salah satu asam amino yang dihasilkan ialah arginine. Arginin merupakan zat yang dapat membantu tubuh dalam proses rembesan hormon. Ianya dapat mengimbangi kadar hormon yang sesuai untuk tubuh manusia.

Jadi anda telah pun mengetahui fungsi dan khasiat kaki ayam seperti yang dikongsikan di atas. Akan tetapi anda perlulah membersihkan kaki ayam yang akan dimasak dengan betul agar tidak dijangkiti bakteria lain pula.




Hakcipta iluminasi.com (2017)