Agak mengelirukan apabila anda melihat pelbagai emas yang berada di pasaran. Perkara ini lebih rumit bagi kaum adam yang kurang mengambil tahu tentang emas, berbanding kaum hawa yang sememangnya sudah "pakar".

Namun, masih ramai di antara kita tak kisahlah sama ada lelaki atau wanita yang tidak peka akan beza di antara pelbagai jenis emas yang wujud.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Jenis-jenis Karat emas yang berlainan

rantai emas 178

Terdapat pelbagai kategori emas mengikut ketulenan, namun yang paling popular di seluruh dunia adalah emas 24k, 22k dan 18k.

Di Malaysia, emas 24k dikenali sebagai emas 999, emas 22k dikenali sebagai emas 999 dan emas 18k pula sebagai emas 750. Berikut adalah carta kategori ketulenan emas yang ada:

KaratEmas
24K999
23K950
22K916
21K875
20K835
19KPaun
18K750
14K585
9KSuasa

Sebelum kita memahami perbezaan antara emas 24k, 22k dan 18k, anda mesti tahu maksud karat terlebih dahulu. Perlu diingatkan bahawa terdapat dua jenis ukuran permata iaitu "Karat" dan "Carat"

Carat vs Karat

unit ukuran carat untuk batu permata

(Unit ukuran Carat)

Carat adalah satu unit ukuran berat untuk semua jenis batu permata seperti berlian, delima dan sebagainya. Setiap Carat adalah kira-kira dua ratus miligram atau 0.2 gram. 

adalah ukuran pecahan ketulenan untuk emas, yang mempunyai 24 bahagian keseluruhannya. 

Karat pula adalah ukuran pecahan ketulenan untuk emas, yang mempunyai 24 bahagian keseluruhannya. Semakin tinggi karat, semakin tulen emas dan maksimum adalah 24.

emas tulen 516

Emas tulen adalah 24 karat, tetapi kebanyakan barang perhiasan dicampur dengan logam lain kerana emas tulen terlalu lembut.

Walaupun disebut dengan sebutan yang sama, Karat dan Carat adalah dua perkara yang sangat berbeza. Berikut adalah panduan mudah untuk memahami perbezaan antara emas 24k, 22k dan 18k.

Emas 24K (999)

emas tulen 2 66

Emas 24K juga dipanggil dengan nama emas tulen atau emas 100%. Ini bermakna bahawa kesemua 24 bahagian dalam emas ini adalah emas tulen tanpa kesan sebarang logam lain.

Ia adalah 99.9% tulen dan mempunyai warna kuning terang yang jelas.

Tidak ada bentuk emas yang lebih baik dan tulen daripada 24K dan anda mesti mengetahui tentang perkara ini sebelum anda pergi ke peniaga yang mungkin memberitahu anda bahawa mereka menjual emas 25K atau 26K.

Oleh kerana ini adalah bentuk emas paling tulen, ia secara semula jadi lebih mahal daripada emas 22K atau 18K.

emas 24k 853

Walau bagaimanapun, jenis emas ini mempunyai ketumpatan lebih rendah berbanding dengan emas yang mempunyai karat yang lebih rendah. Dalam erti kata mudah, emas 24k adalah lebih lembut dan mudah dibentuk.

Oleh itu, ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai perhiasan biasa. Kebanyakan produk yang dihasilkan menggunakan emas 24k adalah bar dan syiling emas.

Emas 24K juga digunakan dalam peranti elektronik dan alat perubatan seperti yang digunakan untuk kanak-kanak yang mengalami jangkitan telinga yang akan dipasangkan dengan tiub tympanostomy emas yang diketahi mampu meningkatkan pengudaraan di bahagian tengah telinga.

Emas 22K (916)

emas 916 135

Nama emas 22K pula menunjukkan bahawa 22 bahagian emas ini adalah emas tulen, manakala baki 2 lagi adalah logam lain. 

Jenis emas ini biasanya digunakan dalam pembuatan barang kemas. Dalam emas 22K, daripada 100 peratus, hanya 91.67% adalah emas tulen.

8.33% lain terdiri daripada logam seperti perak, zink, nikel dan aloi lain. Jadi, nama emas 916 ini diperoleh daripada 91.67%.

Penambahan logam-logam lain ini yang membuatkan tekstur emas 916 lebih keras sehingga menjadikan perhiasan itu tahan lama.

Walau bagaimanapun, anda mesti tahu bahawa walaupun emas ini boleh digunakan untuk membuat barang kemas emas biasa, emas 22K tidak sesuai untuk ditatahkan berlian.

Emas 18K (750)

emas 18k

Emas 18K adalah 75% emas yang dicampurkan dengan 25% logam lain seperti tembaga atau perak. Biasanya barang kemas yang bertatahkan berlian diperbuat dengan emas 18K.

Emas lebih murah berbanding emas 24K dan 22K. Emas 18K atau 750 ini mempunyai warna emas yang sedikit pudar. Untuk mengecam emas 18K adalah mudah, iaitu dengan melihat ia dicop dengan 18K, 18Kt, 18k.

Kadang-kala, emas 18K ditandakan dengan 750, 0.75 atau cop yang serupa dengannya untuk melambangkan bahawa barang kemas mengandungi 75% emas.

Bagaimana kehalusan emas dikira? 

Di Barat, karat dinyatakan dalam kehalusan. Contohnya, emas 24K dinyatakan sebagai 1,000 bahagian daripada 1,000 ketulenan, atau kehalusan 1.000. Dan ia dijadikan penanda aras bagi emas-emas lain, seperti di bawah:

  1. Emas 22K = 22 / 24 * 1.000 = 0.9166 
  2. Emas 21K = 21 / 24 * 1.000 = 0.875
  3. Emas 18K = 18 / 24 * 1.000 = 0.750

Kepelbagaian warna emas

emas rose 414

Emas 24 karat mempunyai warna emas tulen semulajadi dan warnanya tidak dapat diubah tanpa mengubah ketulenan emas hingga kurang dari 24k.

Warna emas lain boleh dihasilkan dengan mengubah komposisi aloi dalam pembuatan barang kemas, seperti dibawah:

  1. Emas merah jambu atau emas Rose - Dihasilkan dengan menambahkan lebih banyak tembaga dalam komposisi aloi emas
  2. Emas Hijau - Dihasilkan dengan menambahkan lebih banyak zink dan perak
  3. Emas putih - Dihasilkan dengan menambah nikel atau palladium Emas 24 karat mengandungi 24 bahagian tulen. Emas 22 karat mengandungi 22 bahagian tulen dan 2 lagi logam ditambah sebagai aloi.
  4. Emas 21 karat mengandungi 21 bahagian tulen dan 3 logam lain ditambah dan seterusnya.

emas hijau 520

Warna permukaan juga boleh dihasilkan pada barang kemas dengan teknik penyaduran emas, atau lebih terkenal dengan nama emas celup.

Walau bagaimanapun, ini hanya boleh menjadi kemasan permukaan sahaja dan akan luntur apabila dipakai dalam tempoh yang lama.

Tips kepada pembeli emas

Jika anda ingin membeli emas untuk pertama kali, anda perlu mengingati ketulenan jenis emas. Untuk memudahkan hafalan, ingat bahawa semakin rendah karat, semakin kurang ketulenan emas.

  1. 24 karat = 99.5% emas tulen dan ke atas
  2. 22 karat = 91.7% emas tulen 
  3. 18 karat = 75.0% emas tulen 
  4. 14 karat = 58.3% emas tulen 
  5. 12 karat = 50.0% emas tulen 
  6. 10 karat = 41.7% emas tulen 

Rujukan:

1. Gemrock Auction

2. Gold Guide

3. Harga Emas




Hakcipta iluminasi.com (2017)