Me'nate Steak House adalah restoran makanan barat kegemaran penulis, kerana boleh dikatakan semua makanan di dalam menu adalah sangat sedap, walaupun harganya sedikit mahal, namun berbaloi. Menu utama di steak house ini sudah tentulah steak! Cara masakan steak pula bergantung kepada cita rasa kita, semua tahap masakan mereka boleh buat.
Artikel kali ini penulis ingin berkongsi tahap masakan steak yang jarang diketahui umum cara masaknya. Semoga bermanfaat untuk semua.
BESARKAN TEKS A- A+
Raw Steak (Mentah)
Untuk mengukur dengan betul sekiranya steak sudah masak, anda perlu 'kenali' daging berkenaan sebelum ia diletakkan di atas gril. Mengetahui keadaan daging ketika ianya masih mentah dapat membantu anda belajar bagaimana ia berubah ketika masak. Berbeza dengan steak yang sudah dimasak, daging mentah adalah lembap dan lembut. Lemak di sekililingnya adalah lebih keras.
Cara Masak Steak Menjadi Rare
Rare bukan bermaksud raw (mentah). Steak yang dimasak rare adalah sedikit suam di bahagian tengah, sedikit masak pada bahagian luar, warna keperangan pada bahagian sisi dan kemerahan di tengah. Tekstur steak yang rare adalah lembut ketika disentuh, dan berwarna keperangan pada permukaan. Steak yang dimasak begini sesuai untuk mereka yang 'karnivor sejati'.
Untuk memasak steak dengan tebal sekitar 2.5cm, pastikan gril atau pan betul-betul panas dan dimasak selama 5 minit, kemudiannya dibalik-balikkan untuk 3 minit lagi.
Suhu: 50°C - 55°C.
Cara Masak Steak Menjadi Medium Rare
Steak yang dimasak medium rare adalah suam di bahagian tengah dengan warna kemerahan. Di luar bahagian kemerahan di tengah, warna dagingnya adalah merah jambu menandakan bahagian ini masak lebih berbanding di bahagian paling tengah. Bahagian luar permukaan berwarna keperangan. Tekstur luar daging adalah tegar dan lembut di dalam. Medium rare adalah tahap masakan yang disyorkan untuk steak yang enak kerana ianya sangat juicy. Tanyalah chef-chef di luar sana, pasti mereka akan menyarankan tahap masakan ini.
Untuk memasak steak dengan tebal sekitar 2.5cm, pastikan gril atau pan betul-betul panas dan dimasak selama 5 minit, kemudiannya dibalik-balikkan untuk 4 minit lagi.
Suhu: 55°C - 57°C.
Cara Masak Steak Menjadi Medium
Steak yang dimasak medium mempunyai bahagian tengah kecil kemerahan, dengan warna merah jambu pada luar bahagian tengah, dan permukaan paling luar yang lebih coklat. Steak ini lebih tegar dan gelap pada bahagian luar berbanding medium rare kerana dimasak lebih lama, namun masih juicy.
Untuk memasak steak dengan tebal sekitar 2.5cm, pastikan gril atau pan betul-betul panas dan dimasak selama 6 minit, kemudiannya dibalik-balikkan untuk 4 minit lagi.
Suhu: 60°C - 65°C.
Cara Masak Steak Menjadi Medium Well
Berbeza dengan medium steak, bahagian dalam steak medium well kebanyakan berwarna jambu, dan luar permukaan yang berwarna coklat gelap. Tekstur steak ini sedikit keras berbanding steak yang dimasak medium, namun masih berspan (spongy) di bahagian dalam. Steak ini sesuai untuk mereka yang tidak suka daging yang kemerahan. Kebanyakan orang Malaysia suka makan steak pada tahap masak medium well, dan well done.
Untuk memasak steak dengan tebal sekitar 2.5cm, pastikan gril atau pan betul-betul panas dan dimasak selama 7 minit, kemudiannya dibalik-balikkan untuk 5 minit lagi.
Suhu: 68°C - 74°C.
Cara Masak Steak Menjadi Well Done
Steak yang well done boleh dikatakan steak yang masak sepenuhnya. Steak ini TIDAK terbakar atau hitam pada bahagian luar permukaan daging. Bahagian tengah kesemuanya berwarna merah jambu cerah, tanda ia suka masak sepenuhnya. Bahagian luar lebih 'solid' apabila disentuh.
Memasak steak menjadi well done adalah yang paling susah antara semua tahap masakan steak kerana kerap kali akan menjadi terlalu keras dan hitam jika tersalah teknik. Rahsianya, daging steak perlu dimasak dengan api tidak terlalu kuat dan masa yang lebih lama.
Grilkan daging dengan api sederhana dan dimasak selama 10 hingga 12 minit untuk setiap bahagian (atas dan bawah). Kebanyakan penggemar steak berpendapat bahawa steak jenis ini adalah untuk mereka yang tidak sukakan steak, atau tidak pandai makan steak. Bagi penulis, terpulang kepada tekak masing-masing.
Suhu: 77°C ke atas.
Uji Tahap Masakan Steak Menggunakan Tangan
Sumber & Bahan Bacaan Tambahan: