Oleh pada 29 Jan 2018 kategori

Sumber foto: mStar Online

Kerajaan Pusat bakal memeriksa undang-undang yang wujud untuk mengelakkan penyiaran berita palsu menerusi laman sosial menjadi semakin berterusan yang akan memberi impak negatif terhadap masyarakat.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ia sama sekali tidak bertujuan untuk menghalang penghasilan berita menerusi alam maya. Tetapi, sebaran informasi haruslah tepat serta dibuat oleh sesuatu pihak yang memiliki kredibiliti.

Ia perlu dipandang berat oleh sebab berita palsu adalah ancaman kepada politik dan keamanan masyarakat dan mereka mungkin terpesong.

"Sebagai contoh sebelum ini kita pernah difitnah berhubung isu membawa masuk 40,000 pengundi warga Bangladesh dan isu tipu peti undi dalam pilihan raya umum sebelum ini," terangnya kepada media di Kota Bharu semalam setelah tamatnya pertemuan dengan penjawat awam di Wisma Persekutuan.

Beliau memberitahu sebegitu setelah dikemukakan pertanyaan berkaitan keputusan Perdana Menteri Britain, Theresa May yang ingin men­­­­­­­dirikan suatu unit baru untuk menggiatkan langkah menghapuskan penyebaran berita palsu dan mencegah kempen penyaluran maklumat tidak sah oleh negara lain.

Terdahulu, Presiden Perancis, Emmanuel Macron pernah mengumumkan hasrat untuk membuat satu undang-undang baru yang melarang berita palsu menerusi alam maya semasa kempen pilihan raya negara berkenaan sedang diadakan.

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)