Oleh pada 04 Nov 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Kumpulan Kool diumumkan tersingkir di konsert minggu keempat program realiti Gegar Vaganza 2019 (GV2019) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi.

Penyanyi duo itu mengakhiri perjuangan mereka pada minggu duet bertemakan 'Haa Tepok' menerusi pertaruhan lagu, Siapa Dia Sebelum Daku, duet bersama Farawahida, dendangan asal Francissca Peter dan Royston Sta Maria.

Pengadilan dihakimi juri tetap, pengarah muzik, Datuk Ramli MS dan penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang, bersama juri jemputan mingguan, Datuk Jamal Abdillah.

Dengan itu, 10 lagi peserta meneruskan perjuangan ke minggu hadapan, iaitu penyanyi Naqiu Boboy, Sham Visa, Hady Mirza, Roy, Jatt Black Dog Bone, Wann, Noorshila Amin, Feeza, Nurfatima dan kumpulan One Nation Emcees.

Dalam pada itu, persembahan mantap dan memukau Jatt menerusi 'Debunga Wangi' kolaborasi bersama Ayai Ilusi melayakkannya menduduki tangga pertama dengan markah sebanyak 77%.

       

gegar vaganza 2019 440

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

CARTA KEDUDUKAN DAN MARKAH PESERTA KONSERT GEGAR VAGANZA 6 (2019) MINGGU 4

  1. Jatt (Debunga Wangi) - 77%
  2. Nurfatima (Anggapanmu) - 76%
  3. Roy (Yang Tersayang) - 75%
  4. Hady Mirza (Kisah Ku Inginkan) - 71%
  5. One Nation Emcees (Layar Impian) - 69%
  6. Sham Visa (My Heart) - 68%
  7. Naqiu Boboy (Gurauan Berkasih) - 63%
  8. Wann (Engkau Laksana Bulan) - 57%
  9. Feeza (Bagaikan Sakti) - 57%
  10. Noorshila Amin (Aku Cinta) - 53%
  11. Kool (Siapa Dia Sebelum Daku) - 49%

   

Jatt turut dinobatkan sebagai 'Artis Cili Padi Paling Power' berdasarkan kualiti persembahan ditampilkan, manakala anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak minggu ketiga berpihak kepada Sham Visa.

Gandingan pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse menghangatkan lagi GV2019 yang bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria.

   

Kredit video: [LIVE] Gegar Vaganza 2019 Live + (Minggu 4)

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)