Kredit foto: Instagram Astro Gempak
Penyanyi Jang Han-Byul atau nama komersialnya, Han Byul, 29, diangkat sebagai juara program realiti, Big Stage musim kedua sekaligus mengetepikan empat peserta lain pada peringkat akhir yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), sebentar tadi.
Dengan kemenangan penyanyi yang berasal dari Korea Selatan itu, menerusi persembahan lagu Lose Yourself dan Luka Dan Bahagia, membawa kepada ganjaran wang tunai berjumlah RM100,000, sebuah kereta Perodua Axia Style, telefon pintar Vivo V17 Pro berserta trofi.
Neeta Manishaa atau Neeta, 25, pula berada di kedudukan naib juara sekaligus meraih wang tunai RM50,000 berserta trofi.
Tempat ketiga milik Adzrin Ameruddin atau Adzrin, 19, yang menerima habuan wang tunai RM25,000 berserta trofi.
Manakala, Irfan Haris Othman atau Irfan Haris, 18, akur menduduki tangga keempat, diikuti Adinda Permata Suci Nababan atau Dinda Permata, 27 di tempat kelima.
Mereka masing-masing membawa pulang wang tunai RM10,000 dan RM5,000 berserta trofi.
Para peserta dihakimi barisan juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan, serta juri undangan, Misha Omar.
Pengadilan berdasarkan jumlah keseluruhan markah hasil daripada 70 peratus oleh pihak juri dan 30 peratus undian penonton.
Finalis melaksanakan dua tugasan persembahan iaitu lagu cover dan single baharu.
Berikut markah peserta di konsert akhir.
Kredit foto: Youtube Astro Gempak
Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Akhir Big Stage Musim 2 (2019)
- Han Byul (Lose Yourself, Luka Dan Bahagia) - 70.33%
- Neeta (I Wanna Dance With Somebody, Ruang Mimpi) - 68.66%
- Adzrin (All Of Me, Picisan) - 61.99%
- Irfan Haris (Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta, Honey) - 60.35%
- Dinda Permata (Simalakama, Ku Tak Bisa) - 59.63%
Kredit video: [LIVE] Big Stage 2019 Live + (Akhir)