Kredit foto: Astro Gempak

Konsert AF Megastar Homecoming Minggu Kedua melabuhkan tirai semalam dengan pengumuman 12 peserta yang layak bertanding dalam konsert mingguan.  

Mereka adalah Adira, Marsha, Amir Jahari, Idayu, Bob, Shahir, Sufi, Ewal, Amir, Indah Ruhaila, Syamel dan Azhar.

Penilaian ditentukan sepenuhnya oleh juri tetap yang terdiri daripada pengarah muzik Datuk Ramli MS dan guru vokal Syafinaz Selamat bersama juri undangan, penyanyi Ziana Zain.

Persaingan pada minggu kedua di Royal Theater Shah Alam itu menampilkan 12 bekas pelajar berentap. Yang menyerlah adalah Syamel (Diari Hatimu), Adira (Ku Ada Kamu), Faizal (Sejati), Indah Ruhaila (Tergantung Sepi), Amir (Grenade) dan Amylea (Ku Berserah).

Turut bertanding ialah Rosma (Hanya Satu), Anding (Feeling Good), Nubhan (Ku Mohon), Shahir (Kebahagiaan Dalam Perpisahan), Faizul Sany (Rapuh) dan Aril (Dahsyat).

Selepas pengadilan dibuat, 12 bekas pelajar terpaksa mengucapkan selamat tinggal, antaranya lima bekas juara iaitu Mila Jirin, Zahid, Faizal, Firman dan Faizul.

Selain itu, Ara, Rosma, Anding, Adam, Amylea, Nubhan dan Aril.

Persaingan konsert mingguan dengan 12 peserta yang tersenarai akan bermula pada minggu hadapan.

Konsert AF Megastar ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria setiap hari Ahad, jam 9 malam.

Juara AF Megastar bakal menerima ganjaran RM100,000 dan trofi serta hadiah-hadiah lain daripada penaja. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)