Walaupun pelakon terkenal Jack Black telah terlibat dalam lebih daripada 160 lakonan filem dan rancangan TV, kerjaya ibunya boleh dikatakan lebih hebat berbanding kerjaya Jack Black.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa ibu Jack Black iaitu Judith Love Cohen telah mewujudkan sistem yang menyelamatkan angkasawan Apollo 13 dalam misi menjelajah angkasa lepas. Lebih mengejutkan, Judith berjaya menyelesaikan masalah sistem itu pada hari yang sama dia bergelut untuk melahirkan Jack Black.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut adalah kisah Judith Love Cohen, wanita yang berjaya menyelamatkan misi angkasa lepas Apollo 13.

Latar belakang ibu Jack Black

Judith Love Cohen telah dilahirkan pada 16 Ogos 1933 di Brooklyn, New York. Sejak kecil lagi, Judith dikenali sebagai seorang yang bijak. Ketika berada di gred lima, rakan sekelasnya mula membayar Judith untuk membuat kerja sekolah matematik mereka.

Ketika baru memasuki sekolah tinggi pada usia 14 tahun, Judith satu-satunya gadis yang belajar mengambil subjek matematik aras tinggi berbanding rakan-rakan seusianya.

jack black dan ibunya

Ketika berada di sekolah tinggi juga, Judith telah memenangi biasiswa negeri untuk menyambung pelajaran di Brooklyn College. Dia mahu menjadi guru matematik dan ingin menarik lebih ramai wanita untuk meminati mata pelajaran matematik dan sains.

Ketika menghadiri kuliah di Brooklyn College, Judith juga menyertai Corps de Ballet di New York Metropolitan Opera Ballet Company pada usia 19 tahun.

Pelajar wanita tunggal kejuruteraan elektrik

Ketika di Brooklyn College, Judith bertemu dengan suami pertamanya iaitu Bernard Siegal. Judith tidak menghabiskan pengajiannya di Brooklyn College sebaliknya berkahwin dan berpindah ke California.

Semasa di Californya, dia menyambung pelajarannya di University of Southern California (USC) dalam jurusan kejuruteraan elektrik. Dia menghabiskan pengajiannya di USC dan memperolehi Sarjana Muda dan Sarjana (master) dalam jurusannya.

Sepanjang menghadiri kuliahnya, Judith merupakan satu-satunya pelajar wanita yang mengambil jurusan kejuruteraan elektrik di USC.

Karier Judith Love Cohen

Kerjaya kejuruteraan Judith bermula pada 1952 apabila dia bekerja sebagai jurutera junior di North American Aviation. Dalam kerjaya kejuruteraannya, Judith mencipta beberapa komputer bimbingan dalam program angkasa lepas.

kisah hebat ibu jack black

Judith ketika muda

Komputer bimbingan ciptaannya digunakan pada peluru berpandu "Minuteman", Sistem Bimbingan Pembatalan, Modul Lawatan Lunar, Sistem Penjejakan Data di Darat, Sistem Satelit Geganti yang digunakan selama lebih 40 tahun.

Menurut salah seorang anaknya iaitu Neil Siegel, antara kerjaya ibunya yang paling diingati adalah ketika dia bekerja dalam program angkasa lepas Apollo. 

Kisah kelahiran Jack Black

Ketika bekerja dalam program Apollo jugalah, pelakon Jack Black dilahirkan. Hari kelahiran Jack Black juga diingati sebagai hari kejayaan bagi ibunya, Judith.

Pada 28 Ogos 1969, Judith dibawa ke hospital untuk melahirkan anak keempatnya. Ketika dalam perjalanan ke hospital, Judith yang sedang sakit memutuskan untuk berhenti di pejabat dan mengambil salinan dokumen bagi masalah yang sedang diselesaikannya selama ini.

jack black school of rock

Pada lewat hari yang sama, Judith menelefon ketuanya memberitahu bahawa dia berjaya menyelesaikan masalah itu dan melahirkan seorang bayi lelaki. Walaupun tidak sepatutnya melakukan kerja sedang ketika sakit melahirkan anak, ternyata ia adalah usaha yang berbaloi.

Masalah yang diselesaikan Judith itu menjadi kunci kepada penciptaan Sistem Bimbingan Pembatalan (Abort-Guidance System) yang menjadi sistem penting ketika anak kapal Apollo 13 melakukan ekspidisi angkasa lepas tidak sampai setahun selepas itu.

Penyelamat kapal angkasa Apollo 13

Ia merupakan sistem navigasi komputer sandaran yang membolehkan angkasawan melakukan pengguguran kecemasan sekiranyanya sistem utama Apollo Lunar Module gagal. Ketika Apollo 13 melakukan cubaan mendarat di Bulan, sistem Apollo Lunar Module gagal berfungsi kerana masalah teknikal.

anak kapal apollo 13

Buzz Aldrin (dua dari kiri) adalah salah seorang anak kapal Apollo 13

Sistem yang dibangunkan Judith menjadi penyelamat kepada anak kapal Apollo 13. Walaupun gagal mendarat di Bulan, kesemua anak kapal selamat pulang ke Bumi.

Judith akhirnya bersara dalam dunia kejuruteraan pada tahun 1990 tetapi dia tidak pernah berhenti. Pada tahun 90-an, dia memulakan syarikat penerbitan bersama suami ketiganya, David Katz. Mereka telah menerbitkan beberapa siri buku.

Buku-buku yang diterbitkan Judith kebanyakannya berkenaan kejuruteraan dan motivasi untuk wanita menceburi bidang itu. Judith Love Cohen meninggal dunia pada 2016 ketika berusia 82 tahun.




Hakcipta iluminasi.com (2017)