Kredit foto: Instagram Enot
Pelakon Aliza Abdullah atau lebih dikenali sebagai Enot tidak terfikir untuk mengakhiri zaman jandanya.
Apatah lagi fokusnya kini diletakkan sepenuhnya untuk membesarkan anak-anak, Andriana Balqis, 18, dan Ariana Qaseh Qistina, 12.
Tidak hanya itu, Enot turut memikirkan faktor usia yang semakin lanjut.
"Kahwin lagi? Entahlah, tak nak kot. Saya pun dah tua, dah 40 tahun. Kesian pula bakal suami itu nanti," katanya memetik laporan portal Sinar Online.
Namun, pelakon filem Baik Giler ini tidak menafikan ada yang cuba mendekatinya.
"Memang ramai yang cuba dekat (ketawa). Tapi, saya malas nak fikir, baik saya fokus soal hidup dan anak-anak.
"Melihat mereka membesar di depan mata pun dah buat saya cukup bahagia," katanya.
Dalam pada itu, Enot menegaskan itu bukan bermakna dia serik bercinta lagi tetapi hanya mahu menyerahkan soal jodoh kepada ALLAH SWT.
"Saya percaya ajal, jodoh, pertemuan dan rezeki itu semuanya ketentuan Tuhan.
"Saya tak menolak jika ada jodoh pada masa akan datang tetapi jika tiada pun, saya OK," katanya.
Terdahulu, beliau pernah berdepan keruntuhan rumah tangga pada tahun 2007 dan 2013.
Sumber berita: Sinar Online