Oleh pada 08 Aug 2019 kategori

Kredit foto: The Star

    

Seorang wanita berumur lingkungan 40-an dipercayai jiran kepada penyanyi Anita Sarawak mendedahkan perkembangan terkini penghibur yang menghilang sejak sekian lama itu.

Kepada wartawan Berita Harian yang mengunjungi kawasan perumahan dipercayai milik Anita di Las Vegas, jiran yang menghuni tempat itu sekitar dua tahun lalu, menyifatkan Anita sebagai seorang yang peramah, baik hati dan mudah mesra.

“Setahu saya, Anita tidak lagi bekerja dan banyak menghabiskan masa di rumah. Suaminya pula, masih mengendalikan urusan jual beli hartanah.

“Kami jarang berjumpa disebabkan sibuk dengan urusan masing-masing, tetapi selalu bertegur sapa jika bertembung.

“Kami juga kerap berbual menerusi telefon. Hanya nombor Anita yang saya simpan sejak tinggal di kawasan perumahan ini," dakwanya yang tinggal di lot bertentangan, selang empat pintu daripada rumah yang dikatakan milik Anita.

Diajukan pertanyaan mengenai keadaan kesihatan Anita dan hubungannya dengan suami keempat, Martin Cox atau Mohammad Mahathir Abdullah, ini jawab wanita terbabit:-

    

anita sarawak kanser

Kredit foto: Hangat.com

   

“Berdasarkan pemerhatian saya, Anita dalam keadaan sihat. Tiada tanda dia sakit, selain menjalani kehidupan biasa sama seperti jiran tetangga lain.

“Martin (Mahathir, suami Anita) juga disenangi jiran, malah mereka pasangan yang baik dan mesra dengan penduduk di sekitar,” katanya.

Wartawan Berita Harian itu mendedahkan, dia ada memberi salam dan memanggil nama Anita di hadapan kediaman dipercayai milik penghibur itu, namun tidak berjawab kerana barangkali Anita enggan diganggu.

   

Sumber berita: BH Online

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)