Kepada ramai orang di Paris, Jerome Kerviel adalah seorang yang dilihat seakan-akan Robin Hood, seorang pejuang yang memberi amaran kepada mereka tentang kezaliman kewangan yang dilakukan dalam dunia kapitalis yang mereka tinggal sekarang.

Jerome Kerviel telah didenda sebanyak RM 23.17 billion, di mana dia memerlukan masa selama 49,000 tahun untuk membayar kesemua saman itu walaupun dia membayar dengan gajinya yang tinggi iaitu sebanyak RM 472,000 setahun. Kini, Jerome Kerviel diberi gelaran sebagai "orang paling miskin di dunia".

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kerviel yang bekerja di sebuah bank terkemuka telah mendapat kenaikan pangkat yang agak cepat tanpa menghadiri mana-mana sekolah elit di Perancis telah membuatkan sejumlah orang berasa kagum dengannya. Mereka melihat Kerviel sebagai seorang yang berjaya dalam melakukan sesuatu yang istimewa walaupun mempunyai latar belakang yang sederhana. Berikut adalah kisah lanjut mengenai Jerome Kerviel, penyangak Perancis yang terkenal dan skandalnya.

Selepas menamatkan pengajian dari Universiti Lumiere Lyon 2 dengan Sarjana dalam bidang kewangan pada tahun 2000, Jerome Kerviel yang berusia 23 tahun ketika itu mula menyetai Société Générale, sebuah bank pelaburan multinasional Perancis. Hanya dalam tempoh lima tahun sahaja, beliau dinaikkan pangkat menjadi pedagang junior di cawangan bank itu di Paris.

socgen

Menurut salah seorang bekas pensyarah Kerviel, bekas pelajarnya itu tidaklah begitu luar biasa dan tidak berbeza daripada orang lain. Pengkhususan graduasi Kerviel adalah dalam bidang organisasi dan kawalan pasaran kewangan. Ketika dia menyertai Société Générale, dia ditempatkan di jabatan pematuhan bank itu.

Dia mula bekerja sehingga 18 jam sehari di pejabat pusat dan akhirnya dia mendapat kenaikan pangkatnya. Ketika di cawangan Paris, dia telah diserapkan ke bahagian Delta One yang merangkumi fungsi seperti program perdagangan, dana perdagangan bursa, pertukaran, masa hadapan indeks dan juga perdagangan kuantitatif.

Malah, Gabenor bank itu menggelar Kerviel sebagai seorang "genius komputer". Pada tahun 2006, Kerviel telah mendapat bonus sebanyak RM 284,000 sebagai tambahan kepada gajinya yang berjumlah RM 350,000 setahun dan dia berharap agar mendapat bonus sebanyak 10 kali ganda iaitu RM 2.84 juta pada tahun berikutnya.

Kerviel telah ditugaskan untuk membuat arbitraj perbezaan harga kecil antara derivatif ekuiti dan harga ekuiti tunai. Tidak lama selepas itu dia telah diberi tanggungjawab untuk membuat pertaruhan pada keputusan pasaran dan diharap agar membawa keuntungan yang besar kepada bank tempat dia bekerja.

jerome kerviel dibicara

Pada penghujung tahun 2006 dan awal 2007, Kerviel mula mencipta perdagangan fiktif yang pada mulanya kecil dan sekali sekala, namun meningkat dalam saiz dan kekerapannya. Berikutan serangan pengganas yang berlaku di London, dia telah bertaruh melawan penanggung insuran Jerman iaitu Allianz dan meraih penghargaan sebanyak RM 2.36 juta serta pujian daripada majikannya.

Pengalaman Kerviel dalam bekerja di pejabat pusat bank itu memberikannya pengetahuan yang cukup untuk menutup jejaknya dan mengatasi kawalan keselamatan bank. Dia kemudiannya mengambil sejumlah wang yang besar untuk bertaruh terhadap pasaran dan mengisi beratus-ratus ribu lindungan nilai kecil dan fiktif untuk mengimbangi kedudukannya secara tidak sah.

Menurut pengurusi bank tersebut, kaedah yang dilakukan Kerviel adalah "virus yang bermutasi", di mana ia membiarkan perdagangan untuk wujud hanya beberapa jam sebelum ditutup secara automatik dan bergerak ke posisi baru.

Perkara ini akan mengakibatkan kemasukan aliran wang tunai yang besar dan Kerviel berjaya membawa masuk RM 18.9 juta pada tahun 2006 dan RM 52 juta pada tahun 2006 sebagai keuntungan kepada bank itu. Namun, krisis kewangan yang berlaku pada tahun 2007 telah mula menjejaskan pasaran.

jerome kerviel 2

Walaupun kebanyakan bank melakukan perdagangan sambil berhati-hati bahawa keadaan boleh menjadi lebih buruk akibat krisis kewangan, Kerviel pula memutuskan untuk bertaruh untuk kebangkitan semula. Pada tahun 2007, dia telah melakukan pertaruhan sebanyak RM 132 billion dan dalam hanya beberapa bulan sahaja dia berjaya membawa keuntungan sebanyak RM 6.62 billion kepada bank.

Menjelang Januari 2008, pasaran dilihat semakin buruk berbanding sebelum itu dan kebanyakan peniaga membuat jualan besar dengan indeks ekuiti jatuh dan bank-bank lain membuat taruhan dengan berhati-hati. Bagi Kerviel pula, dia yakin bahawa stok akan melantun semula dan membina pertaruhannya sebanyak RM 236.5 billion.

Namun, perkara yang diramalnya itu tidak menjadi kenyataan. Ketika ketuanya menyedari apa yang sedang berlaku, Société Générale sudahpun kerugian sebanyak RM 23.18 billion dalam masa hanya tiga hari. Ketua Pegawai Eksekutif bank itu terpaksa meletakkan jawatan dengan segera kerana kecemasan isu hak bank.

kerviel berjalan kaki ke rom

Kerviel pula telah dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun bermula September 2014 di Penjara Fleury-Merogis, selatan Paris. Selepas hanya 110 hari dipenjara, dia dibebaskan dengan syarat setelah diluluskan mahkamah rayuan.

Semasa prosiding mahkamah sedang berlangsung, Société Générale kekal dengan dakwaan mereka bahawa Kerviel adalah seorang "genius jahat" dan bertindak dengan sendiri walaupun mereka memberinya amaran agar tidak membuat sebarang pertaruhan. Menurut Kerviel pula, pihak bank seolah-olah menutup mata ketika dia membawa masuk keuntungan kepada bank dan menjadikannya sebagai kambing hitam ketika keadaan menjadi buruk.

kervial dan pope francis

Pada tahun 2010, Kerviel telah disabitkan bersalah atas pecah amanah dan pemalsuan dan dihukum penjara selama lima tahun. Sebelum memulakan hukumannya, Kerviel telah menjadi bahan berita apabila dia berjalan kaki selama dua bulan dari Perancis hingga Rom dan kembali untuk berjumpa Pope Francis dalam cubaannya untuk menentang bank dan memberi amaran terhadap kezaliman pasaran kewangan.

Dia kemudiannya dibebaskan selepas beberapa bulan tetapi perlu menjalani khidmat masyarakat dan memakai tag elektronik. Dia juga didenda sebanyak RM 23.18 bilion tetapi kemudian dikurangkan kepada jumlah yang lebih munasabah. Jurucakap Société Générale pula mengkritik pihak media mengenai perhatian yang diberikan terhadap Kerviel dan menegaskan bahawa Kerviel sudah disiasat dengan teliti. Jurucakap itu juga mengatakan bahawa Kerviel sudah dihakimi sebanyak tiga kali dan didapati bersalah setiap kali.

Rujukan : 

1. Bloomberg

2. BBC

3. The Guardian




Hakcipta iluminasi.com (2017)