Kredit foto: Instagram Intan Ladyana

Pelakon Intan Ladyana tidak mahu lagi berkongsi tentang kisah percintaannya kepada umum.

Menurut Intan, dia serik kerana pengalaman lalu banyak mengajarnya agar lebih berhati-hati. 

intan ladyana enggan dedah kisah cinta 2

Kredit foto: Instagram Intan Ladyana

Saya memilih untuk tidak bercakap mengenai hubungan cinta saya kepada umum kerana sebelum ini saya terlalu terbuka tapi ia tak menjadi, buat saya serik. Jadi mengenai hubungan cinta saya dengan sesiapa pun sekarang ini, biarlah rahsia. Bila jodoh saya sudah sampai nanti, saya akan buka mulut juga. Apa-apa pun doakan yang terbaik untuk saya.

Sumber: Astro Gempak

Sebelum ini pelakon tersebut pernah dikaitkan dengan aktor Kamal Adli, namun hubungan mereka tidak kesampaian apabila masing-masing mengaku tiada persefahaman.

Dalam perkembangan lain, selepas setahun berehat daripada industri hiburan, Intan kini kembali aktif membintangi siri drama.

Drama terbaru lakonannya, Semusim Rindu bakal menemui penonton mulai 29 Mei ini. Drama tersebut masih dalam proses pembikinan.

intan ladyana enggan dedah kisah cinta 3 210

Kredit foto: Instagram Intan Ladyana

Saya sedang menjalani penggambaran dengan beberapa pelakon termasuk Ben Amir dan Haliza Misbun. Saya kembali ke set setelah lebih setahun berehat dari lakonan. Saya terima tawaran drama siri 40 episod ini kerana jalan ceritanya yang menarik kerana ia merupakan adaptasi novel. Saya baca dan fahamkan novelnya sebelum saya memasuki set. Watak saya mengisahkan seorang anak yang sering didera dan murung sewaktu kecil dan mencari punca mengapa dia diperlaku begitu apabila dewasa.

Sumber: Astro Gempak

Saksikan Semusim Rindu bermula 29 Mei ini, setiap Isnin hingga Jumaat di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135). 




Hakcipta iluminasi.com (2017)