Kredit foto: Instagram Shamsaimi Ezil
Tahap populariti adakala melebihi artis semasa, itulah fenomena dicetuskan dalam kalangan remaja antara 15 hingga 19 tahun yang menggunakan aplikasi TikTok sebagai medium untuk bergelar 'selebriti segera'.
Tidak sekadar mampu mengumpul lebih 700,000 pengikut di laman sosial, malah ada di kalangan mereka yang sudah mempunyai kelab peminat sendiri, selain menjana pendapatan lumayan di usia muda.
Muhammad Danish Danieal Shamsaini yang juga nama popularnya, Coki, 15, pemegang gelaran 'Raja Slowmo Malaysia' merupakan antara yang dimaksudkan, kerana sejak menghasilkan 50 video TikTok seawal akaun aplikasi itu diwujudkannya pada Disember tahun lalu, namanya meniti di bibir peminat bukan sahaja di Malaysia, malah Brunei dan Indonesia.
Katanya, populariti diraih melonjak naik gara-gara terpalit dengan kontroversi yang membabitkan peminatnya dan peminat Army BTS, hingga memberi impak positif kepada jumlah tontonan video yang dimuat naiknya di aplikasi berkenaan dengan catatan lebih 120,000 setiap video!
Baca: Biodata Coki TikTok
Baca: 12 Fakta Instafamous Coki TikTok Yang Ramai Tak Tahu!
Baca: 10 Gambar Instafamous Coki TikTok (Danish Daniel) Sewaktu Kecil!
Kredit foto: Instagram Coki
"Sebelum ini, saya lebih banyak bermain aplikasi slowmo dan beralih kepada Tik Tok lalu memuat naik video ini ke Instagram.
"Saya menjadi tular selepas berlaku konflik di antara peminat saya dengan peminat Army BTS.
"Saya tidak sangka kemunculan dalam video Tik Tok yang sekadar suka-suka menjadi tular," katanya memetik laporan Harian Metro.
Mengulas pendapatan diraih, Coki menyifatkan rezekinya semakin murah kerana berjaya menjana sehingga RM4,000 sebulan, meskipun dalam masa sama kepadatan jadual harian memaksanya untuk melupakan sesetengah rutin lama, sekaligus memberi perubahan besar dalam bentuk kehidupan baharu yang dilalui.
"Malah, ia memberi rezeki yang melimpah ruah apabila menerima banyak tawaran membuat ulasan makanan dan produk, iklan serta berlakon.
"Alhamdulillah, saya mampu menjana sehingga RM4,000 sebulan melaluinya.
"Memandangkan sekolah masih belum dibuka, waktu siang dipenuhi dengan aktiviti penggambaran dan latihan lakonan.
"Manakala pada waktu malam, saya meluangkan masa bersama peminat secara langsung di saluran YouTube," katanya.
Sementara pada hujung minggu, kelapangan yang ada dimanfaatkan oleh remaja yang menetap di Kedah ini untuk bersama keluarga, di samping mengadakan perbicangan bersama bapanya, Shamsaini Ezil, 40, yang bertindak sebagai pengurus, membabitkan idea kandungan video Tik Tok yang bakal dihasilkan, termasuk berkenaan ulasan makanan dan produk.
"Papa sering menasihati saya supaya tidak leka dengan populariti dan mahu saya menyelitkan unsur nasihat dalam kandungan video Tik Tok.
"Walaupun sudah popular, saya akan cuba menyeimbangkan di antara akademik dan kerjaya.
"Saya akan pastikan ia berjalan seiring dan akademik tetap menjadi keutamaan," katanya.
Kredit video: PRANK SHAFFAT SAMPAI MU*TAH!
Sumber berita: Coki popular selepas konflik