Kredit foto: Instagram Zaki Yamani

    

Siapa Zaki Yamani? Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah atau nama popularnya, Zaki Yamani merupakan seorang penyanyi, komposer dan penulis lirik remaja Malaysia.

Beliau adalah anak kepada penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah dan juga adik kepada penyanyi Osama Yamani.

   

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Ahmad Zaki Yamani bin Jamal Ubaidillah.
  • Menggunakan nama komersial, Zaki Yamani.
  • Berumur 14 tahun (2020).
  • Lahir pada 5 Disember 2006.
  • Kediamannya terletak di Kajang, Selangor.
  • Mendapat pendidikan di sebuah sekolah antarabangsa, dan Sekolah Islam Integrasi.
  • Anak kepada penyanyi lagenda negara, Dato' Jamal Abdillah, manakala ibunya, Fatimatuzahra Samat ialah bekas isteri Jamal daripada perkahwinan ketiga beliau.
  • Berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai seorang penyanyi, komposer dan penulis lirik yang muncul dengan single pengenalan berjudul Percayaku hasil ciptaan sepenuhnya oleh beliau sendiri.
  • Bernaung di bawah label syarikat rakaman Rusa Music yang turut disertai penyanyi-penyanyi remaja popular, antaranya Floor 88, Ariff Bahran dan Mizan Harry Khalifah.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @zakiyamani._ sehingga kini mencatatkan lebih 87,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Mula meminati bidang seni suara sejak berusia empat tahun dan acapkali mewakili sekolah dalam pertandingan nyanyian.
  • Meletakkan penyanyi dan komposer, Hael Husaini sebagai idola, selain mengagumi bakat penyanyi rap remaja, Ben Ladin.
  • Wajahnya dikatakan mempunyai iras penyanyi senior, Andi Bernadee.
  • Wajah dan gaya nyanyiannya dikatakan saling tak tumpah bak bapanya.
  • Pernah menjadi mangsa buli di sekolah agama sewaktu berusia sembilan tahun yang mengakibatkan emosinya terjejas, lantas mengambil keputusan berpindah sekolah.
  • Terlebih dahulu, dia menuntut di sekolah antarabangsa, namun juga tidak bertahan lama kerana menghadapi masalah untuk bergaul dengan pelajar bukan warga tempatan.
  • Neneknya pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
  • Abangnya, Osama Yamani turut bergiat sebagai penyanyi. Osama merupakan anak daripada perkahwinan kedua Jamal dengan bekas isterinya, Noraina Mohd Yusof.
  • Zaki kini tinggal bersama ibunya di Kajang, Selangor, manakala Jamal pula menetap di Shah Alam.
  • Muzik video single sulungnya, Percayaku menggunakan khidmat instafamous Bibi Qairina sebagai model.
  • Mengenai perkembangan terbaharu, Zaki dijangka lahir dengan single baharu yang menampilkan bintang TikTok viral, Coki sebagai rakan duet.

   

Baca: Biodata Pelakon Qistina Raisah Yang Digosipkan Dengan Coki TikTok Dan Zaki Yamani

Baca: Biodata Instafamous Coki (Danish Daniel), Bintang TikTok Yang Viral

Baca: Biodata Penyanyi Osama Yamani, Anak Jamal Abdillah (Abang Zaki Yamani)

     

Apa Kata Jamal Tentang Zaki?

  • Zaki mempunyai kelebihan dalam bidang akademik, berbanding abangnya, Osama yang lebih cenderung dalam bidang muzik.
  • Zaki turut meminati dunia seni suara serta mempunyai bakat dalam genre muzik rap.
  • Jamal menanam impian untuk berkolaborasi dengan Zaki dan Osama dalam sebuah projek lagu susulan single duet yang pernah dirakamkannya bersama Osama.
  • Menyifatkan pencapaian cemerlang Zaki dalam bidang akademik kerana mewarisi kebijaksanaan ibu, datuk dan neneknya.
  • Ingin melihat Zaki bergelar Mufti suatu hari nanti bagi mengikut jejak langkah bapa Jamal yang juga terlibat dalam dunia hal ehwal agama, namun enggan mendesak sekiranya anaknya itu mempunyai cita-cita lain.

   

Foto

zaki yamani dulu

anak jamal abdillah

instagram zaki yamani

isteri jamal abdillah

zaki yamani jamal

zaki yamani percayaku

bibi qairina 333

coki 631

coki zaki yamani

umur zaki yamani

wikipedia zaki yamani

Kredit foto: Instagram Zaki Yamani & Instagram Coki 

   

Video

Kredit video: Zaki Yamani - Percayaku [Official Music Video]

    

Kredit video: Artis Jemputan: Zaki Yamani | MHI (16 Mac 2020)

   

Sumber:

1. Zaki Yamani ikut jejak Jamal Abdillah

2. 'Doa babah semoga Man berjaya'

3. Anak Jamal Abdillah, Zaki Yamani enggan tumpang populariti bapa - “Jarang tengok baba nyanyi... dia pun baru tahu saya ada lagu”

4. “Saya biasa je, tak special pun kat sekolah” - Anak Jamal Abdillah tak ‘culture shock’ selepas jadi penyanyi

5. Jamal mahu anak jadi tokoh agama

6. Jamal Abdillah Teringin Lihat Anak Kedua Jadi Mufti

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)