Sejak sekolah rendah, kita mengenali Pluto sebagai planet terkecil dan merupakan salah satu daripada 9 buah planet dalam Sistem Solar.

Namun pada Ogos 2006, Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) telah menurunkan status Pluto kepada "planet kerdil."

Dan ini bermakna sejak itu, hanya Sistem Solar dalaman dan gas gergasi dari sistem luaran akan digelar sebagai planet.

BESARKAN TEKS     A-  A+

"Sistem Solar dalaman" adalah kawasan ruang angkasa lepas yang lebih kecil daripada jejari orbit Jupiter mengelilingi matahari.

Ia mengandungi gegelang asteroid serta planet Utarid, Zuhrah, Bumi dan Marikh.

"Gas gergasi" pula adalah Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun.

Jadi, ini bermakna kita hanya mempunyai 8 planet sahaja dan bukannya 9 seperti dulu.

Apa itu planet kerdil?

apa itu planet kerdil 2

"Planet kerdil" ditakrifkan oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa sebagai objek angkasa dalam orbit Matahari, yang cukup besar sehingga bentuknya dikawal oleh daya graviti berbanding dengan kekuatan mekanik (buatkan bentuknya menjadi ellipsoid), tetapi tidak "membersihkan" objek-objek di kawasan sekelilingnya. 

3 kriteria yang ditetapkan oleh IAU untuk sesebuah objek angkasa lepas itu diklasifikasikan sebagai planet bersaiz penuh adalah:

  1. Ia berada dalam orbit mengelilingi Matahari.
  2. Ia mempunyai jisim yang cukup untuk mewujudkan keseimbangan hidrostatik (bentuk hampir sfera)
  3. Ia telah "membersihkan kawasan sekitar" di sekeliling orbitnya

Dalam kes Pluto, ia hanya memenuhi kriteria 1 dan 2 sahaja. 

apa itu planet kerdil

Dalam berbilion-bilion tahun ia berada di tempatnya, Pluto tidak berjaya membersihkan objek-objek lain di kawasan sekitarnya.

Anda pasti tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan "membersihkan objek-objek lain di kawasan sekitarnya", kan?

Ia bermaksud planet tersebut menjadi dominan secara graviti, iaitu tiada objek lain yang setanding dengannya selain daripada satelitnya sendiri atau yang lain di bawah pengaruh gravitinya, yang terletak di sekitarnya dalam ruang angkasa.

Maka, mana-mana objek gergasi yang tidak memenuhi kriteria ini telah dikategorikan sebagai "planet kerdil", dan ini termasuk dengan Pluto yang berkongsi kawasan orbitnya dengan objek-objek gegelang Kuiper seperti plutinos.

Sejarah Pluto

permukaan pluto

Objek yang dahulunya dikenali sebagai planet Pluto ditemui pada 18 Februari 1930 di Balai Cerap Lowell di Flagstaff, Arizona, oleh ahli astronomi Clyde W. Tombaugh, dengan sumbangan dari William H. Pickering.

Ketika itu, dunia astronomi berhadapan dengan pencarian planet yang sangat sengit dan William Pickering merupakan seorang peramal planet yang produktif.

Pada tahun 1906, Percival Lowell, warga Boston yang kaya yang mengasaskan Observatorium Lowell di Flagstaff, Arizona telah memulakan projek meluas untuk mencari planet kesembilan yang mungkin disebut sebagai "Planet X."

Menjelang tahun 1909, Percival dan William telah mencadangkan beberapa koordinat langit yang mungkin untuk planet sedemikian.

Percival dan balai cerapnya melakukan pencarian sehingga kematiannya pada tahun 1916, namun tidak berhasil.

balai cerap lowell

(Balai Cerap Lowell)

Apa yang tidak diketahui oleh Percival adalah pada 19 Mac 1915, balai cerap itu telah mengambil 2 gambar Pluto yang samar, namun ia tidak diiktiraf.

Percival bukanlah orang pertama yang telah mengambil gambar Pluto secara tidak sedar.

Terdapat 16 pra-penemuan yang diketahui, dan yang paling awal oleh Balai Cerap Yerkes pada 20 Ogos 1909.

Pencarian untuk Planet X tidak disambung semula sehingga tahun 1929, apabila tugas tersebut diserahkan kepada Clyde Tombaugh berusia 23 tahun yang baru saja tiba di Balai Cerap Lowell.

Tugasan Clyde adalah untuk mengambil gambar langit malam secara sistematik untuk tempoh selang 2 minggu, kemudian memeriksa kedua-dua gambar tersebut untuk menentukan sama ada terdapat objek yang telah beralih kedudukan.

Pada 18 Februari 1930, selepas hampir setahun melakukan pencarian, Clyde Tombaugh menemui objek yang mungkin bergerak pada plat fotografi yang diambil pada 23 Januari dan 29 Januari tahun berkenaan.

sejarah planet pluto

Selepas balai cerap itu memperoleh gambar pengesahan selanjutnya, berita penemuan Planet X telah dihantarkan menggunakan telegarf ke Balai Cerap Kolej Harvard pada 13 Mac 1930.

Penemuan planet ini menjadi berita utama di seluruh dunia.

Oleh kerana Balai Cerap Lowell menemui planet ini, maka mereka mempunyai hak untuk menamakannya. Mereka menerima lebih daripada 1,000 cadangan dari seluruh dunia dan nama Pluto sebenarnya telah dicadangkan oleh seorang pelajar sekolah berusia 11 tahun dari Oxford, England bernama Venetia Burney.

Venetia berminta dalam mitologi klasik dan juga astronomi. Dia mencadangkan nama tersebut dalam perbualan dengan neneknya, Falconer Madan, seorang bekas ahli pustakwan Universiti Oxford.

Falconer kemudiannya memberikan nama tersebut kepada Professor Herbert Turner, yang kemudiannya menghantar kepada rakan sekerjanya di Amerika Syarikat.

Planet itu secara rasminya digelar sebagai Pluto pada 24 Mac 1930 dan nama itu diumumkan pada 1 Mei 1930.

Venetia menerima £5 (RM268 pada tahun 2020) sebagai ganjaran kerana menamakan planet Pluto.

Rujukan:

1. Mengapa Pluto Bukan Lagi Planet

2. Space

3. Solar System




Hakcipta iluminasi.com (2017)