Kebanyakan filem yang ditayangkan di pawagam biasanya berlangsung untuk beberapa minggu hingga beberapa bulan. Ia bergantung kepada permintaan dan sambutan orang ramai.
Di India, filem yang tidak mendapat sambutan boleh dihentikan tayangannya dari pawagam seawal seminggu selepas ditayangkan jika penonton tidak membeli tiket.
Filem Bollywood sememangnya mempunyai tarikan tersendiri dan mendapat sambutan hangat di seluruh dunia,
BESARKAN TEKS A- A+
Namun apa yang berlaku kepada filem Dilwale Dulhania Le Jayenge yang pertama kali ditayangkan pada tahun 1995 ini adalah sangat berbeza.
Filem yang lebih dikenali sebagai "DDLJ" ini ditayangkan buat pertama kalinya pada tahun 1995, dan ia terus ditayangkan di India terutamanya di pawagam Maratha Mandir selama 1,200 minggu bersamaan dengan 20 tahun lamanya.
Ia mengisahkan tentang Raj (Shah Rukh Khan) dan Simran (Kajol), pemuda dan gadis India yang membesar di Britain lalu bertemu dalam satu pengembaraan menjejalah Eropah bersama rakan-rakan mereka.
Mereka kemudiannya jatuh cinta namun Simran sebenarnya telah bertunang dengan lelaki lain, jadi Raj terpaksa pergi ke India untuk mendapatkan cinta sejatinya semula.
Sekali imbas, ia hampir serupa dengan mana-mana filem Bollywood. Namun, mengapa filem ini terlajak sambutan?
Keserasian mendalam dan kultus Shah Rukh Khan
Dilwale Dulhania Le Jayenge adalah sebuah filem yang ringkas.
Ia tersangat ringkas sehinggakan hanya boleh mengecapi kejayaan yang sangat dahsyat disebabkan oleh pelakon-pelakon yang mana "cinta" mereka dirasakan seperti mustahil, tetapi tak dapat ditepis oleh penonton.
Filem ini telah melonjakkan Shah Rukh Khan ke tahap kemahsyuran yang tidak dapat dibayangkan, dan menjadikan beliau sebagai jejaka Bollywood yang paling diidamkan.
Wataknya yang merupakan seorang playboy berhati baik, menjadi acuan kepada beberapa watak kemudiannya yang mana beberapa daripadanya juga dikenali sebagai Raj.
Pasangannya dengan Kajol, juga dilihatkan sebagai titik lonjakan kepada kedua-dua kerjaya mereka.
Ini bukanlah filem pertama tetapi yang ketiga bagi kedua-dua pelakon hebat Shah Rukh Khan dan Kajol bersama-sama, namun hubungan mereka dalam DDLJ menjadikan mereka salah satu pasangan yang paling panas di layar Bollywood yang pernah dilihat.
Tarikan luar negara
Ini merupakan satu fakta yang penting dan juga mungkin mengejutkan tentang filem Bollywood, iaitu mereka sangat sukakan Eropah.
Sejak DDLJ, pengembaraan Eropah telah menjadi seperti satu kiasan dalam panggung India dan ia disebabkan oleh filem ini.
Raj dan Simran jatuh cinta di antara Pergunungan Switzerland dan kereta-kereta api di Eropah.
Dan yang paling penting adalah mereka menjadi rapat disebabkan hakikat mereka sebagai orang luar dan sejarah budaya bersama yang tidak dimiliki oleh kebanyakan orang di sekitar mereka.
Filem ini menghasilkan lebih daripada $2 juta di luar India, dan mencetuskan trend Bollywood terhadap destinasi Eropah.
Dilaporkan bahawa satu idea awal untuk menarik penonton India antarabangsa, adalah untuk mengambil Tom Cruise untuk membawa watak Raj.
Nilai kekeluargaan
Raj dan Simran kedua-duanya tersangat rapat dengan ibu bapa masing-masing.
Walaupun Raj digambarkan sebagai lebih ke-Baratan, namun dia dan bapanya (Anupam Kher) mempunyai hubungan ibu dan anak yang rapat, seperti mana rakan-rakan.
Manakala Simran pula berasa sangat selesa untuk menceritakan hal-hal peribadi dengan ibunya (Farida Jalal).
Namun dalam rumah tangga patriarki, ibu Simran adalah lebih daripada seorang pembantu di mana dia memberikan nasihat yang sangat penting tentang tanggungjawab seorang wanita India.
Nasihat ini masih dirasai sehingga kini dan sangat benar bagi kebanyakan wanita di seluruh dunia.
Bapa Simran pula dilihatkan sebagai "penjahat" dalam filem ini, watak berkuasa dengan ciri-ciri tradisional yang ragu-ragu untuk membenarkan anaknya pergi ke Eropah.
Jadi, anda boleh bayangkan bagaimana reaksinya terhadap Simran untuk membatalkan perkahwinan dan berkahwin dengan lelaki lain.
Rasa hormat terhadap keluarga adalah apa yang membuatkan Raj dan Simran menyembunyikan cinta mereka, dan memenangi restu orang tua bukannya dengan melarikan diri bersama-sama.
Setiap kali Raj mendapat restu dari sesiapa sahaja sama ada ibu, kakak atau mana-mana ahli keluarga Simran, walaupun ia kelihatan kecil namun sebenarnya adalah kejayaan yang teramat bermakna bagi cinta pasangan muda ini.
Pola asas
Ini agak mengejutkan tetapi kisah tentang seorang playboy nakal yang secara tiba-tiba mengubah laluannya hanya kerana seorang wanita disebabkan cinta, telah terbukti mendapat tarikan daripada para penonton berkali-kali.
Walaupun di akhir-akhir filem, Raj melakukan perkara-perkara besar seperti pergi ke India dengan senyap-senyap dan dengan begitu licik mengambil hati ahli keluarga Simran dengan begitu, namun dia mungkin masih menjalani kehidupan playboynya jika bukan kerana Simran yang mengubah hidupnya.
DDLJ mempunyai semua ramuan klasik tipikal Bollywood, namun selepas lebih daripada 20 tahun agak jarang untuk kita melihat sebuah filem memaparkan banyak perkara yang sangat tepat.
Romantik komedi Bollywood yang mengasyikkan
Tak kiralah betapa "kuno" nya kita rasakan, namun percintaan yang terbina antara dua watak India yang bertemu dalam satu pengembaraan di Eropah masih dirasakan sehingga ke hari ini.
Ia memenuhi peraturan cliche Bollywood, dengan memaparkan satu keyakinan diri yang baru tentang gambaran terhadap cinta.
Idea perkahwinan atas dasar cinta masih dilihatkan sebagai satu pemberontakan pada 1990-an di India, namun babak akhir di mana ayah Simran mengalah memberikan pengakhiran kekeluargaan yang sempurna.
Refleksi masa
Filem ini ditayangkan pada tahun 1995, beberapa tahun selepas India membuka ekonominya kepada seluruh dunia.
Negara ini sedang berubah dari segi budaya dan juga ekonomi, dan golongan muda India sedang menunjukkan tahap keyakinan diri yang baru.
Filem ini dilihatkan sebagai antara salah satu yang pertama untuk benar-benar mencerminkan situasi ini.
Ia juga sangat cool dan trendy, di mana watak-watak memakai jaket denim dan seluar jeans biru.
Mereka menggabungkan fesyen India dengan reka bentuk Barat, hidup di luar negara dan mewakili India global yang baru.
Rujukan:
1. Tayangan Selama Dilwale Dulhania Le Jayenge 20 Tahun
2. Mengapa Dilwale Dulhania Le Jayenge Ditayangkan Selama 20 Tahun