Sebelum kewujudan peti sejuk, manusia zaman dahulu mempunyai pelbagai teknik tradisional untuk menyimpan makanan yang mudah rosak. Buah-buahan adalah antara makanan yang mudah rosak, jadi kita sebagai pembeli kebiasaannya tidak akan membelinya dalam kuantiti yang sedikit.

Bagi penjual pula, mereka adakalanya terpaksa menjual pada harga lebih murah bagi memastikan buah-buahan terjual dan bagi mengelakkan mereka kerugian lebih besar sekiranya buah-buahan rosak.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Teknologi sejuk beku pada masa kini membolehkan buah-buahan bermusim yang mendapat permintaan tinggi seperti Musang King disimpan lebih lama dan dijual sepanjang tahun. Sebelum kewujudan teknologi-teknologi penyimpanan moden, bagaimanakah orang zaman dahulu menyimpan stok makanan mereka agar tahan lebih lama?

Kali ini, kami ingin berkongsi mengenai "gangina", satu cara tradisional orang Afghanistan menyimpan buah-buahan daripada cepat rosak.

Apa itu "gangina"?

Secara ringkasnya, gangina adalah cara tradisional untuk menjaga anggur dan buah-buahan lain segar selama beberapa bulan -  dengan menutupnya dalam bekas kedap udara yang terbuat dari tanah yangg dikeringkan.

Secara umumnya, buah anggur adalah antara buah yang sensitif kerana sangat mudah dan cepat rosak. Buah anggur sangat sukar untuk disimpan untuk jangka masa yang panjang walaupun menggunakan sistem penyejukan moden seperti peti sejuk.

Namun, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa bahawa orang Afghanistan ejak sekian lamanya telah menggunakan kaedah kuno untuk menjaga buah-buahan sensitif ini tetap segar untuk dimakan pada bulan-bulan musim dingin, ketika buah-buahan segar sukar didapati.

Dikenali sebagai gangina, teknik penyimpanan pintar ini merangkumi penyimpanan anggur yang masih sihat dalam bekas seperti piring yang terbuat dari dua lapisan tanah basah. Bekas dibiarkan berrjemuran di bawah sinar matahari hingga kering dan kemudian harus disimpan di tempat yang sejuk, jauh dari sinar matahari.

Buah mampu tahan berbulan lamanya

gangina anggur

Sekiranya disimpan dengan betul, bekas gangina ini dapat mengekalkan anggur yang dipetik pada musim luruh segar hingga musim bunga tahun hadapan.

Sebelum anggur-anggur segar disimpan dalam gangina, anggur yang sudah buruk atau rosak perlulah diasingkan terlebih dahulu. Sekiranya anggur yang mempunyai sedikit kerosakan diletakkan dalam gangina bersama anggur-anggur lain, ia akan merosakkan semua anggur lain.

Oleh itu, perkara pertama yang perlu dilakukan dan sangat penting dilakukan adalah mengasingkan buah yang sudah rosak terlebih dahulu agar teknik penyimpanan ini benar-benar berkesan menjaga buah-buah yang lain. Ada kalanya, anggur yang disimpan dengan teknik ini boleh bertahan sehingga 6 bulan lamanya.

Apabila kering sepenuhnya, mereka akan memasukkan buah-buahan yang ingin disimpan ke dalamnya - kebanyakan orang lebih suka meletakkan anggur di dalamnya. Kemudian, mereka akan menutup lubang sepenuhnya untuk menghalang kemasukan udara atau gas yang akan merosakkan buah-buahan tersebut.

Seorang petani yang mempunyai ladang anggur yang besar kebiasaannya akan menghasilkan antara 10 - 20 ribu gangina setiap tahun. Setiap gangina ini biasanya mampu menyimpan sehingga 1 kg anggur.

Rahsia turun-temurun

Bekas gangina harus kedap udara dan disimpan di tempat yang sejuk dan gelap, agar buah-buahan di dalamnya segar. Pada musim sejuk atau musim bunga, ketika permintaan untuk buah-buahan meningkat dan seiring dengan harga tinggi yang sanggup dibayar oleh pembeli, petani yang mahir menghasilkan gangina akan mengeluarkan stok anggur mereka dan menjualnya untuk keuntungan.

Setiap bekas menyimpan kira-kira satu kilogram anggur. Penggunaan gangina merupakan satu kelebihan kepada mereka kerana mampu menyimpan stok lebih banyak dan menjualnya sepanjang tahun.

Tidak semua bahagian Afghanistan tahu menghasilkan gangina. Mengikut info daripada laman Kementerian Pertanian Pengairan & Ternakan Afghanistan, budaya menyimpan buah dalam gangina ini adalah budaya orang Afghanistan di baahgian utara.

Mereka akan menggunakan buah-buahan yang disimpan ini pada malam musim sejuk atau perayaan seperti malam Tahun Baru atau malam musim sejuk terpanjang yang  dikenali sebagai Chilla.

Kredit:

  1. Kementerian Pertanian Pengairan & Ternakan Afghanistan
  2. Wonderful Engineering



Hakcipta iluminasi.com (2017)