Kredit: SuaraTV

Bagi sesetengah orang, perkataand darah sahaja sudah mampu membuatkan mereka berasa jijik. Namun hakikatnya, setiap daripada kita memerlukannya.

Sama ada untuk bayi, menjalani pembedahan, rawatan untuk kanser atau keadaan perubatan kronik seperti anemia, darah telah menyelamatkan berjuta-juta nyawa setiap tahun.

Tetapi, kita hanya boleh memperoleh darah daripada kalangan kita sendiri. Dan disebabkan ini, ramai orang yang tidak mementingkan diri telah mendermakan darah di seluruh dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Di Malaysia, darah menjadi satu masalah kerana hospital-hospital kita kekurangannya. Jika anda mendermakan darah, ke manakah ia akan pergi sebaik sahaja meninggalkan badan anda?

Adakah ia akan digunakan terus untuk merawat pesakit, atau ia dihantar ke tempat lain?

mesin yang digunakan untuk memisahkan plasma darah

Selepas menderma darah, tabung darah anda akan dihantar ke makmal untuk mengenal pasti sebarang penyakit berjangkit dan jenis darah.

Pada masa yang sama, darah anda yang dipanggil sebagai "unit" akan dimasukkan ke berjalan di mesin berputar gergasi di mana ia dipisahkan menjadi tiga komponen yang berlainan iaitu sel darah merah, platelet dan plasma.

Dan setiap daripada komponen ini mempunyai fungsi yang tersendiri.

Sel darah merah adalah bahan yang memberi warna merah kepada darah dan mengandungi protein iaitu hemoglobin yang membantu darah mengangkut oksigen serta karbon dioksida ke dan dari paru-paru anda.

Inilah yang diberikan kepada pesakit yang menjalani pembedahan atau mereka yang mempunyai jumlah sel darah rendah, seperti anemia.

Platelet adalah serpihan daripada sel-sel lain dan ia membantu darah anda membeku dengan betul. Ia biasanya digunakan untuk pesakit kanser yang plateletnya telah terjejas akibat kemoterapi.

plasma diesktrak daripada darah selepas didermakan

Dan yang terakhir adalah plasma, cecair kekuningan yang merupakan campuran air, garam, dan enzim serta antibodi, faktor pembekuan, dan protein.

Walaupun fungsi utama plasma adalah sebagai cecair yang mengagihkan sel ke seluruh badan anda, ia boleh dipecah lagi.

Protein dan antibodi boleh diekstrak dan tertumpu kepada kegunaan terapi untuk masalah kronik yang jarang berlaku.

Langkah seterusnya adalah menyimpan semua bahan-bahan penting yang dikumpulkan ini. Setiap komponen ini sebenarnya disimpan untuk pelbagai masa dalam pelbagai peringkat suhu.

Platelet boleh bertahan sehingga 3 hari, sel darah merah bertahan sehingga 42 hari dan plasma boleh bertahan sehingga setahun penuh dalam keadaan beku.

Oleh itu, platelet dan sel darah merah biasanya digunakan di dalam negara di mana darah dikumpulkan.

Tetapi bagi plasma, disebabkan ia boleh disimpan untuk sekian lama dan mendapat permintaan yang tinggi di seluruh dunia, ia biasanya dihantar ke luar negara. 

plasma dipisahkan daripada darah

Jika seseorang dari Amerika Syarikat menderma darah hari ini, plasma dari darahnya boleh dihantar ke negara sejauh Australia.

Sememangnya ia merupakan perkara yang kita tidak fikirkan langsung, tetapi plasma darah membentuk pasaran global yang besar dan Amerika Syarikat adalah salah satu pengeksport utamanya.

Dan ini disebabkan oleh Amerika Syarikat adalah satu-satunya negara yang membayar kepada penderma khusus untuk mendapatkan plasma mereka.

Menurut data dari Biro Banci A.S., eksport plasma, vaksin, dan darah pada tahun 2017 bernilai kira-kira RM80 bilion.

Dr. Robert Slomin, seorang ahli ekonomi global di University of Sydney, menganggarkan bahawa 80% dari pasaran dunia menerima plasma dari suatu tempat di luar negara asalnya.

Menurutnya, bagi kebanyakan negara yang tidak dapat mengumpulkan plasma untuk tempoh masa yang panjang, mereka perlu mendapatkannya dari AS yang mempunyai sistem berbayar dan melalui bank darah swasta.

Pada dasarnya, ia adalah pembekal plasma dunia.

plasma darah boleh dihantar ke luar negara kerana jangka hayat yang lama

Sebagai contoh, di Australia kira-kira 50% daripada semua produk plasma yang disediakan oleh hospital-hospital, yang memasuki pasaran ini sebenarnya datang dari penderma berbayar dari Amerika Syarikat.

Terdapat insentif kewangan untuk pendermaan plasma kerana ia adalah proses yang panjang dan sangat tidak selesa.

Oleh itu, anda boleh mendermakan plasma lebih kerap tetapi ia adalah satu proses yang agak rumit. Jarum biasanya berada dalam badan anda selama 40 hingga 45 minit.

Apa yang akan mereka lakukan apabila jarum masuk adalah mereka akan mengeluarkan keseluruhan darah anda. Mereka kemudian meletakkannya melalui proses centrifuge dan mereka memisahkan sel merah dan platelet dari plasma.

Plasma yang diesktrak akan diambil dan yang lainnya dimasukkan balik ke dalam badan anda. Hanya beberapa negara sahaja yang memiliki plasma yang cukup untuk kegunaan sendiri.

Satu-satunya cara mereka melakukannya ialah dengan memiliki bank darah swasta yang mengumpul plasma. 

Pemberian insentif berbayar seperti ini adalah kontroversial. Permintaan darah dan plasma sangat tinggi sehingga para ahli ekonomi berpendapat bahawa ia tidak dapat dikekalkan dengan kebajikan tanpa mementingkan diri sendiri.

darah yang didermakan 244

Tetapi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati bahawa etika sumbangan berbayar adalah sangat rumit dan terdapat kebimbangan tentang mereka yang berbohong tentang kesihatan mereka untuk mendapatkan bayaran.

Walaubagaimanapun, berdasarkan penyelidikannya dalam bidang ini, Dr. Slomin lebih percaya kepada insentif dalam bentuk bukan wang tunai secara langsung, tetapi seperti t-shirt atau kad baucar.

Dan hal ini telah menunjukkan peningkatan yang agak positif.

apa berlaku lepas derma darah

Apa yang akan berlaku jika bentuk pampasan lain diberikan? Di Itali, pada penderma darah ditawarkan cuti bergaji jika mendermakan darah.

Program ini berjalan selama 2 tahun dan mereka mendapati bahawa terdapat peningkatan sebanyak 40% dalam bekalan darah di komuniti yang menawarkan cuti hari berbayar ini.

Ketika ini, dengan keperluan untuk darah yang begitu tinggi, kaedah terbaik mungkin adalah untuk tidak mementingkan diri dan mendermakan darah dengan sukarela.

Rujukan:

1. Red Cross Blood

2. RD

3. NHS




Hakcipta iluminasi.com (2017)